“Program Komputer E-Pembelajaran” sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dan selepasnya

Di bawah Skim Pinjaman Peranti, desktop dan komputer riba akan dipinjam kepada pelajar berkelayakan dengan tempoh peminjaman selama 6 bulan. Permohonan tersebut dibuka kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan. Keutamaan diberi kepada pelajar-pelajar seperti berikut:

  1. Pelajar yang menduduki Peperiksaan SPM dan STPM;
  2. Pelajar yang miskin dan memerlukan peranti berkenaan untuk pembelajaran dalam talian;
  3. Pelajar cemerlang yang disyor oleh pihak sekolah;
  4. Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 bawah.

Manakala bagi Skim pemberian komputer terpakai, komputer terpakai akan dikumpul dan dibaiki oleh syarikat Swisspac dan kemudiannya disumbangkan secara percuma kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan. Permohonan tersebut dibuka kepada pelajar-pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Agama Rakyat. Keutamaan diberi kepada pelajar-pelajar seperti berikut:

  1. Pelajar yang menduduki Peperiksaan SPM dan STPM;
  2. Pelajar yang miskin dan memerlukan peranti berkenaan untuk pembelajaran dalam talian;
  3. Pelajar cemerlang yang disyor oleh pihak sekolah;
  4. Pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 6 bawah;
  5. Murid darjah 5 dan 6.

Pelajar-pelajar dari aliran sekolah tersebut di atas sila berhubung dengan pentadbiran sekolah masing-masing untuk membuat permohonan samada di bawah Skim Pinjaman Peranti atau Skim Pemberian Komputer Terpakai. Jawatankuasa Penyelaras Hal Ehwal Sekolah Cina dan Mubaligh akan membuat pertimbangan dan pemilihan berdasarkan senarai nama yang disyorkan oleh pihak sekolah.

Sehingga kini, 118 buah komputer riba telah dipinjam oleh Penang Science Cluster kepada 33 buah sekolah di Pulau Pinang, 52 buah bakal pinjam kepada pelajar selepas Hari Raya Aidilfitri. Kini, terdapat 125 buah komputer akan dipinjamkan kepada pelajar berkelayakan yang disyor oleh sekolah.

Seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Pulau Pinang Tuan Chow Kon Yeow, satu pasukan Task Force “Program Komputer E-Pembelajaran” telah ditubuhkan bagi menyokong dan menangani cabaran pengajaran dan pembelajaran dalam talian yang dihadapi oleh ibu bapa, pelajar dan guru di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan. Pasukan ini terdiri daripada agensi kerajaan, syarikat korporat dan individu iaitu:

  1. Pengerusi PIBG/Ahli Lembaga Pengurus Sekolah Menengah Han Chiang
  2. Jawatankuasa Penyelaras Hal Ehwal Sekolah Cina dan Mubaligh
  3. Jawatankuasa Khas Sekolah Tamil
  4. Penang Science Cluster
  5. Eduspec Holdings Berhad
  6. Dynabook
  7. SNS Network
  8. PITH
  9. Swisspac

Task Force ini berperanan untuk merancang dan melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi menyokong pembelajaran dalam talian supaya pelajar dapat meneruskan pembelajaran berbantu teknologi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dan selepasnya.

Program ini berobjektif untuk mengurangkan ketidasamaan pendidikan pembelajaran dalam talian seperti yang termaktub dalam Visi Penang2030 iaitu meningkatkan kehidupan komuniti rentan dan mengurangkan ketidaksamaan. Inisiatif-inisiatif dan skim-skim yang dilaksanakan bertujuan membolehkan pelajar-pelajar memiliki peranti komputer untuk e-pembelajaran. Inisiatif-inisiatif yang akan dilaksanakan secara berperingkat seperti berikut:

  1. Skim pinjaman peranti komputer;
  2. Skim pemberian komputer terpakai;
  3. Sokongan teknikal dan penyelenggaraan;
  4. Program latihan literasi komputer;
  5. Pemerkasaan komuniti melalui e-dialog dan e-forum;
  6. Pembelian peranti komputer pada harga diskaun serta skim pembayaran ansuran tanpa faedah.
Chong Eng
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Hal Ehwal Sekolah Cina dan Mubaligh
Kenyataan media oleh Chong Eng di Pulau Pinang pada hari Jumaat, 22 Mei 2020