Tahniah kepada Parti Gerakan yang telah membantu DAP untuk membersihkan Parti dan menerima mereka yang tidak berprinsip dan sanggup menjual maruah mereka

Tahniah kepada Parti Gerakan yang telah membantu DAP untuk membersihkan Parti dan menerima mereka yang tidak berprinsip dan sanggup menjual maruah mereka.

Rakyat akan membuat keputusan untuk menghukum mereka yang telah mengkhianati mandat Rakyat dan menggadaikan maruah mereka.

A Sivasubramaniam telahpun dipecat oleh Jawatankuasa Disiplin DAP pusat bersama-sama dengan Paul Yong Choo Kiong yang mengkhianati mandat Rakyat pada bulan Mac tahun ini. Beliau merupakan satu beban (liabiliti) apabila beliau masih berada dalam DAP.

Sejak A Siva dipecat pada bulan Mac, DAP Perak telah melantik Timbalan Pengerusi Negeri, YB V Sivakumar, untuk menjaga Kawasan DUN Buntong dan meneruskan perkhidmatan DAP kepada rakyat di Kawasan Buntong. Usaha murni DAP untuk berkhidmat kepada penduduk Buntong tidak pernah berhenti dan sumbangan bantuan kepada Rakyat yang memerlukan bantuan semasa PKP telah dijalankan secara tersusun & berjadual.

Untuk makluman semua pihak, bagi mereka yang hadir dalam sidang media pagi ini bersama A Sivasubaramaniam, sekiranya ada Ahli DAP, mereka akan dilucutkan keahliannya dengan serta merta.

Organisasi Akar-umbi DAP di Kawasan Buntong kekal kukuh dan teguh. Pimpinan cawangan yang ada tidak akan terjejas dengan pengumuman A. Sivasubramaniam tadi.

DAP akan terus berjuang demi membentuk Malaysia Baharu yang bersih, telus dan adil untuk semua kaum dan DAP akan terus bertanding di Kawasan DUN Buntong pada PRU-15 untuk mempertahankan mandat rakyat.

Jawatankuasa Negeri DAP Perak
Kenyataan media oleh Jawatankuasa Negeri DAP Perak di Ipoh pada hari Jumaat, 26 Jun 2020