Cadangan untuk menamakan Dato Seri Shafie Apdal sebagai calon baharu Perdana Menteri perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat AMANAH dan DAP terlebih dahulu dan seterusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diputuskan bersama

Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengambil maklum kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas pertemuan tidak rasmi (informal) 2 hari yang lalu dan cadangan untuk menamakan Dato Seri Shafie Apdal sebagai calon baharu Perdana Menteri.

AMANAH dan DAP berpandangan ia sebagai suatu opsyen baharu untuk merealisasikan usaha mengembalikan semula mandat rakyat yang telah diberikan kepada gabungan Pakatan Harapan dan WARISAN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Walaubagaimanapun, cadangan tersebut perlu dibincangkan di peringkat kepimpinan pusat AMANAH dan DAP terlebih dahulu dan seterusnya dibawa ke mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk diputuskan bersama.

Mohamad bin Sabu
Presiden Parti Amanah Negara
Setiausaha Agung DAP
Kenyataan media bersama oleh Mohamad bin Sabu dan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 27 Jun 2020