Menyeru Kerajaan Pakatan Nasional mengumumkan matlumat yang teliti berkenaan cara permohonan pengecualian pembayaran kos kuarantin

Saya menyeru Kerajaan Pakatan Nasional (PN) mengumumkan matlumat yang teliti berkenaan cara permohonan pengecualian pembayaran kos kuarantin untuk memberikan bantuan yang sewajarnya secara teratur kepada pelajar-pelajar daripada keluarga B40 yang sedang menghadapi cabaran kos yang tinggi selama 14 hari tempoh kuarantin ini.

Kerajaan PN telah mengumumkan secara siaran langsung bahawa kuarantin wajib akan dilaksana kepada semua warganegara yang kembali ke tanahair di pusat-pusat kuarantin yang ditetapkan mulai 24 hari bulan dan kos kuarantin akan ditangguh oleh PUS (Person Under Surveillance), pada masa yang sama diumumkan juga kos kuarantin untuk OKU akan ditanggungkan oleh kerajaan dan pelajar-pelajar daripada golongan B40 juga boleh membuat permohonan untuk dikecualikan daripada pembayaran kos tersebut. Walaubagaimananpun, beberapa hari telah terlepas tetapi langkah-langkah permohonan tersebut masih belum dikemukakan lagi. Dengan merujuk kepada panduan NAMDA yang diumumkan pada 24 hari bulan, didapati bahawa kenyataan pelajar-pelajar B40 boleh membuat permohonan pengecualian dan langkah-langkahnya tidak dicatat secara rasmi di dalam panduan terbabit. Ini tetap merisaukan pelajar-pelajar golongan B40 yang telah membuat keputusan kembali ke Malaysia, khususnya dengan cabaran dari segi ekonomi dan akademik pada tempoh ini, ketidakpastian sebegini tetap akan menambahkan kerisauan mereka, dengan timbulnya kerisauan dimana akhirnya kenyataan ini tidak ditunaikan dengan lancar.

Maka, berharap kerajaan PN akan mengumukan butiran permohonan pengecualian pembayaran kos kuarantin yang lebih terperinci, termasuk kelayakan pemohon, cara memohon, kos maksimum yang dibenarkan untuk setiap individual dan ini tetap akan menjadi rujukan yang berkesan kepada pemohon dan pegawai yang menguruskan permohonan. Berharap segala urusan boleh dipermudahkan supaya bantuan boleh disampaikan kepada mereka yang memerlukan tetapi bukan menimbulkan lebih banyak kesusahan secara tidak sengaja.

Tee Boon Tsong
ADUN Senai
Kenyataan media oleh Tee Boon Tsong di Johor Bahru pada hari Isnin, 27 Julai 2020