Selari dengan nasihat Yang di Pertuan Agong untuk mengelakkan ketidakstablilan politik dalam negara semasa pandemik Covid-19, rakyat Malaysia perlu peka dengan ribut berita palsu dan tanggapan palsu yang disebarkan oleh pemengaruh media sosial

Yang di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah telah mengulangi nasihat baginda untuk tidak menjunamkan negara kita ke arah ketidakstabilan politik semasa negara sedang berhadapan dengan wabak Covid-19.

Selari dengan nasihat Yang di Pertuan Agong untuk mengelakkan ketidakstablilan politik dalam negara semasa pandemik Covid-19, rakyat Malaysia perlu peka dengan ribut berita palsu dan tanggapan palsu yang disebarkan oleh pemengaruh media sosial

Satu contoh yang jelas adalah laporan The Coverage semalam, yang telah menggunakan satu laporan yang diterbitkan empat tahun yang lalu untuk mewujudkan satu tanggapan yang salah yang kononnya saya menyokong kerjasama DAP bersama dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi untuk membentuk sebuah kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan pintu belakang Muhyiddin.

Laporan jahat The Coverage ini telah tular di media sosial, memberikan gambaran palsu yang saya mahu DAP bekerjasama dengan Najib dan Zahid untuk menjatuhkan Muhyiddin, tetapi penyokong setia DAP tahu yang pemimpin DAP tidak akan berkompromi dengan integriti dan prinsip mereka untuk bekerjasama dengan kleptokrat.

Di Amerika Syarikat, seorang mantan pengumpul derma kempen Presiden AS Donald Trump dijangkakan akan mengaku bersalah pada hari Selasa depan atas tuduhan melobi Trump secara haram untuk mengugurkan penyiasatan skandal kewangan gergasi 1MDB, tetapi di Malaysia pula, mantan Perdana Menteri, yang juga merupakan individu utama 1MDB, Najib Razak, masih menafikan terdapat sebarang skandal berkaitan 1MDB.

Kita rakyat Malaysia tidak mahu menjadi seperti di Amerika Syarikat, di mana Presiden Trump dikenali dalam pelbagai pengajian di institusi-institusi pengajian berprestij sebagai penyebar utama kekeliruan dan berita palsu.

Rakyat Malaysia perlu membangunkan kesedaran media yang tinggi untuk memastikan mereka tidak menjadi mangsa pengeliruan dan penyalahgunaan maklumat, sama ada melalui berita palsu ataupun tanggapan palsu seperti yang dilakukan oleh The Coverage semalam.

Saya berterima kasih kepada Ahli Parlimen DAP Kluang, Wong Shu Qi, yang telah melakukan satu kerja penyiasatan yang cemerlang dalam mengenal pasti siapa di sebalik laman web berkait MCA (https://link.medium.com/jA8ElWgJCab) ini dan mendedahkan identiti mereka.

Menarik untuk disiasat mengapa laman web berkaitan MCA ini juga cuba untuk memberikan gambaran salah yang DAP ini seakan-akan serupa dengan MCA dan bersedia untuk bekerjasama dengan Najib.

Namun apa yang lebih penting adalah untuk semua rakyat Malaysia menjadi pengguna media sosial yang sofistikated dalam era maklumat, dengan kesedaran media yang tinggi dan boleh membezakan semua bentuk penipuan dan penyelewengan maklumat, sama ada berita palsu mahupun gambaran salah yang disebarkan oleh tentera siber dan bot.

AHLI PARLIMEN ISKANDAR PUTERI
Kenyataan media (2) oleh Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Jumaat, 16 Oktober 2020