DAP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen UMNO Gerik, Hasbullah Osman

DAP merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Parlimen UMNO Gerik, Hasbullah Osman, yang meninggal dunia semalam akibat serangan jantung. Walaupun berada di sebelah pihak berlawanan, Hasbullah telah berkhidmat lebih daripada dua penggal sebagai ahli parlimen dan kepada rakyat di kawasannya.

Pemergian Hasbullah mengundang satu lagi pilihan raya kecil dalam 60 hari, yang boleh menimbulkan risiko kesihatan dan keselamatan awam ketika Malaysia berada di tengah-tengah lonjakan tinggi jangkitan COVID-19. Sebagai pengiktirafan khidmat beliau dan bahawa Malaysia berada dalam gelombang ketiga jangkitan COVID-19 yang teruk, seharusnya tidak ada pertandingan dalam pilihan raya kecil oleh parti-parti untuk melawan UMNO.

Keselamatan awam harus didahulukan dan menjadi keutamaan berbanding politik dan pilihan raya. Orang ramai tidak dapat melupakan lonjakan jangkitan COVID-19 setelah Sabah terpaksa mengadakan pilihan raya umum kerana politik wang yang tidak bertanggungjawab dan cubaan membeli ADUN untuk merampas hak rakyat untuk memilih kerajaan negeri mereka sendiri.

Seharusnya kita perlu berhenti bermain politik pilihan raya sehingga bahaya dan risiko yang ditimbulkan oleh COVID-19 berakhir.

SETIAUSAHA AGUNG DAP & AHLI PARLIMEN BAGAN
Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Selasa, 17 November 2020