Senaraikan saiz keluasan dan lokasi bagi setiap tanah terbiar kerajaan di negeri Johor

Dewan Undangan Negeri Johor akan bersidang dan membentangkan Belanjawan 2021 pada hari Khamis, 26 November 2020. Saya selaku ADUN Mengkibol akan mengajukan soalan-soalan berikut dalam persidangan tersebut:

Sila nyatakan keluasan dan lokasi setiap keping tanah terbiar kerajaan di seluruh negeri, mengikut daerah?

Sila nyatakan keluasan tanah yang tidak dimajukan di tapak Ayer Hitam dan tapak Padang Hijau bawah Projek Pertanian Moden?

Saya juga meminta pihak kerajaan negeri untuk menetapkan pemodenan pembangunan pertanian sebagai salah satu strategi pembangunan ekonomi negeri Johor dalam Belanjawan 2021 serta meningkatkan dasar pendanaan dan sokongan untuk penggunaan teknologi moden dan untuk menggalakkan penyertaan golongan muda dalam sektor pertanian.

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Jabatan Pertanian Kluang semasa ‘Hari Teknologi Pertanian’ yang telah dianjurkan oleh Pejabat ADUN Mengkibol pada 2 Oktober tahun lalu, Daerah Kluang memiliki lebih dari 832 hektar tanah persendirian yang tidak dimajukan, manakalah tanah milik kerajaan pula masih lagi belum dihitung pada waktu tersebut.

Disebabkan kerajaan bersedia untuk memberikan pelbagai jenis bantuan sara hidup dan melaksanakan anggaran defisit, maka penambakan tanah terbiar yang mampu untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan perlulah dimajukan sepenuhnya agar dapat membantu memulihkan ekonomi semasa musim pandemik ini. Hal ini secara tidak langsung akan dapat menjadi pendorong untuk anak-anak muda melakukan permohonan pemilikan geran tanah terbiar dan penambakan untuk menyertai sektor pertanian moden.

Saya meminta Jabatan Pertanian semua daerah untuk mengetengahkan masalah berkaitan dengan permohonan pemilikan geran tanah terbiar dan membuka lebih banyak permohonan. Saya dan Jabatan Pertanian Kluang telah mengadakan dua seminar dan telah membuka kaunter perkhidmatan untuk permohonan bantuan pertanian pada bulan Julai dan Oktober tahun lalu. Hal ini sejajar dengan polisi baharu yang telah dikemukakan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk mendorong memajukan tanah terbiar. Bantuan ini juga merangkumi penyediaan baja, racun herba, anak benih, mesin pemotong rumput, sistem penyiraman dan lain-lain. Pemilikan kembali tanah terbiar ini tidak termasuk penanaman kelapa sawit, getah, lada dan koko.

Saya juga memberikan cadangan bahawa sesiapa sahaja yang berminat untuk memohon bantuan dari pihak kerajaan untuk projek pertanian, jangan ragu-ragu untuk mengunjungi Pejabat Jabatan Pertanian Daerah masing-masing untuk mendapatkan maklumat mengenai kelayakan dan terus melakukan permohonan.

Chew Chong Sin
ADUN Mengkibol
Kenyataan media oleh Chew Chong Sin di Johor Bahru pada hari Jumaat, 20 November 2020