Norma baharu mengundi secara selamat ketika wabak Covid-19

Berkaitan dengan pengisytiharan darurat yang diperkenan oleh Istana Negara di bahagian Parlimen Batu Sapi, Sabah, terdapat pernyataan bahawa “seramai 16,000 pengundi tidak memberikan alamat dan nombor telefon rumah yang lengkap sehingga menyukarkan pelaksanaan pengeposan kertas undi”, kami berpendapat bahawa:

  1. Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi ini sebagai satu peluang untuk menggalakkan orang ramai memilih untuk didaftarkan sebagai “pengundi pos” dan melengkapi alamat rumah.
  2. Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya juga perlulah memberikan kebenaran kepada mekanisme mengundi awal untuk para pengundi pos yang sudah mendaftar dengan alamat yang lengkap untuk menggunakan kaedah pengeposan undi.

Membolehkan pengundi untuk mengundi adalah asas kepada sebuah negara yang demokratik. Oleh itu, Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kewajiban untuk mencari penyelesaian bagi masalah ini, walaupun ia sukar dan menelan perbelanjaan yang banyak.

Di bawah Akta Pilihan Raya Malaysia, Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya mempunyai kuasa untuk memberikan kebenaran kepada semua pengundi yang layak untuk mendaftar Undi Pos. Oleh demikian, pengundi yang tidak memberikan alamat yang lengkap sehingga menyukarkan pelaksanaan Undi Pos bolehlah mendaftar diri mereka sebagai pengundi pos di atas talian dan mengemas kini alamat penuh mereka untuk mengundi secara selamat terutamanya dalam musim penularan wabak koronavirus, Covid-19. Hal ini bukan sahaja untuk pengundi di Batu Sapi, malah kepada para pengundi di seluruh negara.

Krisis yang dihadapi ini boleh dijadikan sebagai sebuah kesempatan, kerana ianya memberikan pilihan kepada para pengundi untuk mendaftar sebagai pengundi pos. Hal ini demikian kerana pengundi pos boleh :

  1. Selesaikan masalah pemberian alamat tidak lengkap.
  2. Selesaikan masalah mengundi untuk satu juta rakyat Malaysia di luar negara.
  3. Menangani risiko jangkitan Covid-19 dalam kalangan pengundi di Malaysia Timur dan Malaysia Barat yang perlu melakukan perjalanan untuk mengundi.
  4. Menjadi norma baharu untuk mengundi dengan selamat semasa wabak.

Undi Pos Luar Negara juga digunakan secara meluas di peringkat antarabangsa, “Uniformed and Overseas Citizens Absentee Voting Act (UOCAVA)” di Amerika Syarikat dan Akta Pemilihan Parlimen (The Parliamentary Elections Act) di Singapura adalah antara akta asas yang menjamin hak rakyat yang bermaustautin di luar negara untuk mengundi dan menghantarkan kembali ke negara asal mereka setelah mendaftar sebagai pengundi luar negara.

Berdasarkan data daripada Jawatankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya, terdapat 32,962 pengundi berdaftar di bahagian Batu Sapi, 3,170 daripada pengundi menetap di kawasan Batu Sapi, termasuklah di Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Chew Chong Sin
ADUN Mengkibol
Maria Chin
Ahli Parlimen Petaling Jaya
Kenyataan media bersama oleh Chew Chong Sin dan Maria Chin di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 21 November 2020