Sokongan yang ditunjukkan kepada Malaysiakini menjadi tanda utama yang impian untuk masyarakat yang lebih terbuka, adil, dan bebas di Malaysia belum terkubur tetapi masih berkobar-kobar

Pengumpulan sokongan segera kepada Malaysiakini adalah tanda besar yang impian untuk sebuah masyarakat yang lebih terbuka, adil, dan bebas di Malaysia belum lagi terkubur tetapi masih berkobar-kobar.

Walaupun keputusan Mahkamah Persekutuan sangatlah mengejutkan, terutamanya denda sebanyak RM500,000 yang sangat tinggi, apa yang sangat memberikan harapan adalah sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat kepada Malaysiakini.

Perjuangan untuk sebuah masyarakat yang lebih terbuka, adil, dan bebas perlu diteruskan untuk memastikan terdapatnya kebebasan bersuara, akauntabiliti dan ketelusan, kedaulatan undang-undang, pentadbiran yang berkesan dan efisyen, serta etika dan integriti dalam hal ehwal pentadbiran negara.

Rakyat Malaysia perlu berani untuk memasang impian untuk melihat negara kita menjadi sebuah negara hebat yang bertaraf dunia.

AHLI PARLIMEN ISKANDAR PUTERI
Komen media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 19 Februari 2021