Pelabur teknologi asing akan teragak-agak untuk datang ke Malaysia apabila tidak ada kesatuan Kabinet menteri dengan menteri seperti Wee Ka Siong secara terbuka menyalahkan kementerian lain atas keputusan Facebook dan Google untuk tidak melibatkan Malaysia dalam kabel internet bawah laut mereka

Pelabur teknologi asing dalam sektor digital, akan teragak-agak untuk datang ke Malaysia apabila tidak ada kesatuan Kabinet Menteri, dengan Menteri seperti Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong secara terbuka menyalahkan Kementerian lain, atas keputusan Facebook dan Google untuk tidak melibatkan Malaysia dalam projek kabel internet bawah laut mereka. Wee telah menafikan tanggungjawab terhadap kedegilan Kerajaan PN untuk mengembalikan polisi kabotaj terhadap kapal asing yang membaik kabel bawah laut, sebagai sebab di sebalik keputusan Facebook dan Google untuk tidak melibatkan Malaysia dalam kabel internet bawah laut mereka.

Malaysia Internet Exchange (MyIX) secara terbuka menyalahkan keputusan Kerajaan PN, kerana menarik semula pengecualian oleh Kerajaan PH sebelum ini kepada kapal asing yang terlibat dalam memperbaiki kabel bawah laut daripada dasar kabotaj, yang kini menyebabkan kerugian besar bagi negara. Sebenarnya, Facebook, Google, Microsoft dan MyIX pada tahun lalu telah meminta Kerajaan PN untuk mengembalikan dasar pengecualian kabotaj oleh PH, dengan menekankan bahawa ia diperlukan untuk memastikan pemulihan kabel bawah laut dengan cepat dan memastikan tempoh tergendala internet yang minimum. Adakah Wee mengatakan bahawa Facebook, Google, Microsoft dan MyIX semuanya berbohong?

Wee tidak jujur ​​ketika dia mengatakan alasan Singapura dipilih oleh syarikat gergasi berteknologi tinggi ini kerana Facebook telah membina pusat data di Tanjung Kling Data Centre Park di negara itu. Sekiranya demikian, mengapa Indonesia juga dipilih dan bukan Malaysia. Jelas, Wee bukan sahaja menipu dirinya sendiri tetapi juga rakyat.

Wee kemudian menyalahkan Kerajaan PH atas kekurangan infrastruktur data kerana antara 2018 dan 2019, Malaysia membuang masa dan wang untuk idea-idea ketinggalan zaman seperti membangunkan kereta terbang dan bukannya pusat data dan revolusi industri 4.0. Wee sebenarnya mengkritik rakan Menterinya sendiri, Mohd Redzuan bin Md Yusof, yang memulakan idea-idea mengenai kereta terbang dan masih meneruskan projek kesayangannya itu. Apa yang berlaku dengan kesatuan dan tanggungjawab bersama Kabinet Menteri PN?

Dengan Wee menolak untuk bertanggungjawab atas kehilangan pelaburan Facebook dan Google di Malaysia, adakah Wee selepas ini akan menyalahkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri atau Kementerian Multimedia dan Komunikasi? Jika benar, kedua-dua Azmin Ali dan Saifudin Abdullah harus menjelaskan kepada rakyat mengapa Malaysia boleh kalah kepada Indonesia dan Singapura.

SETIAUSAHA AGUNG DAP & AHLI PARLIMEN BAGAN
Kenyataan media (2) oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 5 April 2021