Bermula minggu ini sekolah menengah mula dibuka. Para guru yang mengajar di sekolah menengah kini telah menyertai rakan rakan mereka di sekolah rendah untuk kembali ke sekolah. Ini bermakna hampir 500 ribu guru telah kembali ke sekolah.
Hakikat yang tidak dapat disangkal, para guru juga menjadi golongan barisan hdapan menyantuni anak-anak kita untuk menjamin kelangsungan pendidikan dan masa depan negara.
Apa yang kita maklum, hal ini mendedahkan para guru kepada risiko untuk dijangkiti virus Covid19. Hal ini perlu diberikan perhatian yang serius. Kesejahteraan para guru merupakan kelangsungan kemapanan pendidikan anak-anak bangsa.
Menyedari realiti ini, kami mewakili pelbagai parti dari blok pembangkang menggesa agar KKM bekerjasama dengan pihak KPM untuk memberikan suntikan vaksin sesegera mungkin ke atas guru-guru kita.
Penangguhan pemberian vaksin kepada para guru hanya akan mendedahkan bukan hanya para guru kepada bahaya, malah juga kepada anak-anak murid.
Segerakan pemberian vaksin kepada para guru!
Dr Maszlee Malik
PENGERUSI PENDIDIKAN PH
Nik Nazmi
JURUCAKAP PENDIDIKAN PARTI KEADILAN RAKYAT
Teo Nie Ching
JURUCAKAP PENDIDIKAN DAP
Hasan Baharom
JURUCAKAP PENDIDIKAN AMANAH
Syed Sadiq
PRESIDEN PENAJA MUDA
Amirudin Hamzah
SUA PENAJA PEJUANG
Isnairassah Munirah
KETUA WIRAWATI PARTI WARISAN SABAH
Wilfred Madius Tangau
PRESIDEN UPKO