Pemberian vaksin harus dipercepatkan, memberi vaksin kepada guru-guru dengan segara

15 kes positif Covid-19 dikesan di Sekolah Kebangsaan Paloh 2 dan terdapat seorang kakitangan tadika dan sekolah rendah di Kluang telah disahkan positif Covid-19 pada beberapa hari yang lalu. Justeru, Pejabat ADUN Mengkibol telah melancarkan Program Ujian Saringan Pantas (RTK-Ag) untuk pihak-pihak berikut:

  1. 9 orang guru dan murid tadika, semua disahkan negatif;
  2. Selesai saringan bagi 54 orang guru, murid sekolah rendah dan tadika, semua disahkan negatif;
  3. Saringan akan diberikan kepada 60 orang guru dan murid yang lain.

Punca jangkitan tadika tersebut sedang dikenalpasti oleh Pejabat Kesihatan Kluang, manakala kes positif sekolah rendah di Kluang adalah berpunca daripada Kluster Jalan Murni 1 Paloh, iaitu SK Paloh Dua.

Setakat ini, semua guru dan kakitangan yang disahkan positif, ahli keluarga, rakan sekerja, dan juga kontak rapat mereka telah menjalani kuarantin kendiri masing- masing.

Menurut pengumuman Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID- 19 (JKJAV), setakat 5 April 2021, jumlah individu yang divaksinkan (dos 1 dan dos 2) adalah seramai 830,000 orang, di mana hanya seramai 23,000 orang individu divaksinkan setiap hari secara purata.

Pada pendapat saya:

  1. Pemberian vaksin harus dipercepatkan kepada sekurang-kurangnya 100,000 individu sehari, kerana mengikut pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, seramai 9.4 juta orang daripada golongan berisiko tinggi dan warga emas berumur 60 tahun ke atas akan diberikan vaksin di bawah fasa kedua yang bermula pada April. Ini bermaksud, 200,000-250,000 suntikan setiap hari secara purata harus diberikan dalam fasa kedua, dan tempoh kemuncak pemberian vaksin jatuh pada bulan Mei hingga Ogos.
  2. Pekerja-pekerja yang berulang-alik dari Johor ke Singapura dan pekerja industri pelancongan yang menganggur, yang berkelayakan harus diupah oleh kerajaan negeri Johor dalam kerja pentadbiran pemberian vaksin. Ini termasuk pendaftaran dan temujanji, pembinaan lebih Pusat Pemberian Vaksin (PPV), pengenalpastian identiti, menghubungi pendaftar dan sebagainya, agar mempercepatkan proses pemberian vaksin dan mencapai sasaran 100,000 individu secepat mungkin.
  3. Menteri Kesihatan Malaysia berkata pada Februari bahawa, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan 126,000 individu mampu diberikan suntikan vaksin COVID-19 setiap hari bermula akhir bulan Februari. Akan tetapi, mengapa perancangan ini tidak dilaksanakan?

Pada pendapat saya, penyelesaian pada peringkat ini adalah mempercepatkan kerja pemberian vaksin, dengan itu, kita boleh memberi vaksin kepada semua guru dan kakitangan pusat-pusat pendidikan yang telah bermula pengajaran secara bersekemuka.

Jika semua guru dan kakitangan telah selesai divaksin, maka 20 kluster sektor pendidikan yang direkodkan di negara ini sejak 20 Mac hingga Ahad akan dapat dielakkan atau dikurangkan.

Chew Chong Sin
ADUN Mengkibol
Kenyataan media oleh Chew Chong Sin di Johor Bahru pada hari Selasa, 6 April 2021