DAP mengucapkan tahniah kepada Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak atas pelantikan beliau sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang kelapan

DAP mengucapkan tahniah kepada Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak atas pelantikan beliau sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang kelapan. DAP menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas perkenan Baginda melantik seorang anak Pulau Pinang ke jawatan tertinggi di negeri Pulau Pinang. Tun Ahmad akan memimpin Pulau Pinang ke tahap yang lebih tinggi dalam kemakmuran ekonomi dan memelihara keamanan serta keharmonian masyarakat rencam Pulau Pinang.

Saya tidak dapat menghadiri majlis angkat sumpah Yang Dipertua Negeri yang baru di Dewan Sri Pinang semalam, kerana saya berada dalam kuarantin. Namun saya telah mendapat keputusan negatif dalam ujian saringan COVID-19.

Tun Ahmad Fuzi menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas yang telah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri selama 20 tahun. Sumbangan Tun Abdul Rahman sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang berkhidmat paling lama akan sentiasa dihargai dan dikenang rakyat Pulau Pinang.

SETIAUSAHA AGUNG DAP & AHLI PARLIMEN BAGAN
Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada hari Ahad, 2 Mei 2021