Kes jenaka dan ancaman rogol ke atas Ain Husniza binti Saiful Nizam

Pada 3 Mei 2021 kami, Ahli-Ahli Parlimen Wanita telah menulis surat kepada YAB Perdana Menteri menyuarakan keprihatinan kami mengenai kes jenaka rogol yang didedahkan oleh Ain Husniza binti Saiful Nizam, seorang pelajar berusia 17 tahun yang didakwa dilakukan oleh seorang guru lelaki di sebuah sekolah, dan ancaman rogol daripada rakan sekelasnya wajar diberi perhatian serius dan diambil tindakan segera oleh pihak Kerajaan.

Walaupun laporan polis telah pun dibuat oleh mangsa, kami Ahli-Ahli Parlimen Wanita telah meminta pihak Kerajaan menyemak semula prosedur operasi standard (SOP) serta dasar yang sedia ada berhubung kaedah siasatan yang dilakukan terhadap laporan gangguan seksual yang berlaku di sekolah seperti ini dan di semua institusi pendidikan.

Kami menggesa pihak Kerajaan supaya bersikap serius, prihatin dan menjaga kepentingan pengadu, khususnya pelajar sekolah, dengan menangani segera isu Ini dengan segera. Kami menuntut komitmen YAB Perdana Menteri untuk memberikan jaminan keselamatan kepada para pelajar yang berada di sekolah. Pelajar seharusnya berasa selamat di sekolah serta dilindungi oleh guru mereka dan bukan sebaliknya.

Dato’ Sri Azalina binti Othman Said
AHLI PARLIMEN PENGERANG

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
AHLI PARLIMEN PANDAN

Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri
AHLI PARLIMEN BATANG SADONG

Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Samsudin
AHLI PARLIMEN MASJID TANAH

Teresa Kok
AHLI PARLIMEN SEPUTEH

Yeo Bee Yin
AHLI PARLIMEN BAKRI

Hannah Yeoh
AHLI PARLIMEN SEGAMBUT

Teo Nie Ching
AHLI PARLIMEN KULAI

Fuziah binti Salleh
AHLI PARLIMEN KUANTAN

Isnaraissah Munirah Majilis
AHLI PARLIMEN KOTA BELUD

Kasthuriraani Patto
AHLI PARLIMEN BATU KAWAN

Maria Chin Abdullah
AHLI PARLIMEN PETALING JAYA

Rusnah binti Aluai
AHLI PARLIMEN TANGGA BATU

Nurul Izzah Anwar
AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH

Nor Azrina Surip @ Nurin Aina
AHLI PARLIMEN MERBOK

Alice Lau
AHLI PARLIMEN LANANG

Dato’ Hajah Azizah binti Mohd Dun
AHLI PARLIMEN BEAUFORT

June Leow Hsiad Hui
AHLI PARLIMEN HULU SELANGOR

Noorita binti Sual
AHLI PARLIMEN TENOM

Wong Shu Qi
AHLI PARLIMEN KLUANG

Kenyataan media bersama 20 Ahli Parlimen Wanita pada hari Selasa, 4 Mei 2021