Sumbangan satu bulan gaji membabitkan barisan Exco Kerajaan Negeri kepada Tabung COVID-19 Pulau Pinang

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang yang bersidang sebentar tadi memutuskan sumbangan satu bulan gaji (Jun 2021) membabitkan barisan Exco Kerajaan Negeri kepada Tabung COVID-19 Pulau Pinang.

Keputusan tersebut adalah sebagai tanda solidariti dalam usaha melawan pandemik COVID-19 di negeri ini, dan sumbangan tersebut akan digunakan dengan sebaiknya termasuk dalam aspek kesihatan awam dan juga pembangunan ekonomi Pulau Pinang secara keseluruhan.

Sumbangan berkenaan merupakan kali kedua setelah kali pertama diputuskan pada tahun 2020.

Penang Lawan COVID-19!

Chow Kon Yeow
Ketua Menteri Pulau Pinang
Kenyataan media oleh Chow Kon Yeow di Komtar, George Town pada hari Rabu, 2 Jun 2021