BN perlu memenuhi janji kempen pilihan raya negeri Melaka mereka untuk menghidupkan semula Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) KL-Singapura dan mengurangkan harga ayam

Berikutan kemenangan BN dalam pilihan raya negeri Melaka pada hari Sabtu dan secara tergesa-gesa serta-merta mengangkat sumpah Ketua Menteri Melaka yang baharu pada awal pagi Ahad, tiada disebut mengenai pelan tindakan atau garis masa dalam memenuhi manifesto dan janji pilihan raya BN. Dua daripada janji pilihan raya BN yang BN terus mengunci mulut adalah menghidupkan semula HSR KL-Singapura dan mengurangkan kenaikan harga ayam yang telah meningkat jauh lebih tinggi daripada semasa PH menjadi Kerajaan selama 22 bulan.

Setakat ini tiada Menteri Kabinet mahupun Perdana Menteri mengulas mengenai janji untuk menghidupkan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura. Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali secara terbuka mengisytiharkan bahawa beliau tidak akan membenarkan HSR melalui Melaka jika HSR berhenti di Johor Bahru dan bukan di Singapura. Mengapa sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi daripada Kerajaan Persekutuan?

Berhenti di Johor Bahru adalah tidak praktikal dan tidak berdaya maju daripada segi kewangan kerana ia akan menafikan negeri Melaka, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan manfaat ekonomi yang bermakna daripada HSR yang berhenti di Singapura. HSR KL-Singapura telah dibatalkan bukan oleh PH tetapi oleh Kerajaan PN dan BN.

Kerajaan PH telah bersetuju untuk menangguhkan projek HSR selama dua tahun sehingga Mei 2020 dengan membayar kos penangguhan sebanyak SGD$15 juta (RM45.1 juta) kepada Singapura. Penangguhan ini akan mengurangkan beban kewangan kerajaan yang besar berikutan skandal RM53 bilion 1MDB serta membolehkan Kerajaan Malaysia menyemak semula kerangka kewangan HSR KL-Singapura untuk mengurangkan kos. Malangnya, Kerajaan PN dan BN kemudiannya membatalkan HSR KL-Singapura dengan membayar pampasan sebanyak RM320 juta lagi kepada Singapura.

SETIAUSAHA AGUNG DAP & AHLI PARLIMEN BAGAN
Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 24 November 2021