Meminta saudara Jimmy Wong agar menarik balik hasratnya untuk keluar parti dan terus kekal berada dalam parti

Saya berasa sedih dengan tindakan peletakan jawatan dan keluar parti oleh saudara Jimmy Wong, bekas Pengerusi DAP Sabah. Saya meminta saudara Jimmy Wong agar menarik balik hasratnya untuk keluar parti dan terus kekal berada dalam parti.

Jimmy Wong sememangnya telah memberikan sumbangan yang besar kepada DAP Sabah pada masa lalu. Walaupun beliau telah beransur-ansur berundur daripada aktiviti politik yang aktif, namun semangat beliau masih boleh memberi inspirasi kepada ahli-ahli parti kita. Semasa saya dilantik sebagai pemangku pengerusi DAP Sabah pada 2019, perkara pertama yang saya lakukan ialah mencadangkan kepada jawatankuasa negeri ketika itu untuk melantik saudara Jimmy Wong sebagai penasihat parti kita.

Pada masa yang sama, saya berharap saudara Jimmy Wong memahami bahawa dalam setiap organisasi, proses pilihan raya dalaman tidak dapat dielakkan. Dengan membenarkan ahli-ahli memutuskan hala tuju parti adalah proses yang sihat. Pemimpin-pemimpin harus menghormati kehendak dan pilihan ahli-ahli dalam parti.

Frankie Poon Ming Fung
Pengerusi DAP Sabah
Kenyataan media oleh Frankie Poon Ming Fung di Kota Kinabalu pada hari Rabu, 24 November 2021