Azam perlu hadir secara sukarela di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas pada 19 Januari untuk menjawab sebarang persoalan mengenai pertuduhan konflik kepentingan untuk menghilangkan sebarang keraguan terhadap integriti beliau supaya perkara ini dapat diselesaikan segera

Saya mengalu-alukan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 19 Januari 2020 untuk membincangkan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dalam dua syarikat tersenarai awam, lebih-lebih lagi selepas Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha telah terkhilaf dalam pertimbangan beliau apabila beliau menulis surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) untuk meminta kebenaran untuk PSC bermesyuarat.

Untuk memastikan keresahan yang timbul akibat skandal Azam dapat dapat diredakan secepat mungkin, saya mencadangkan agar Azam secara sukarela hadir di hadapan PSC pada 19 Januari untuk menjawab sebarang soalan mengenai dakwaan konflik kepentingan membabitkan dirinya untuk membersihkan namanya daripada sebarang keraguan tentang integriti Ketua Pesuruhjaya SPRM – kerana ia tidak memberikan sebarang keuntungan kepada negara sehinggakan krisis keyakinan yang paling teruk terhadap SPRM berhubung integriti Ketua Pesuruhjaya SPRM berlarutan untuk lebih daripada sehari.

PSC harus cuba membentangkan laporan mengenai skandal Azam kepada Sidang Khas Parlimen pada hari berikutnya iaitu selepas isu banjir yang melanda negara baru-baru ini dibahasakan pada 20 Januari.

Perdana Menteri, Ismail Sabri, juga perlu bersedia untuk mengadakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan mengenai skandal Azam pada 21 Januari 2022.

AHLI PARLIMEN ISKANDAR PUTERI
Kenyataan media (2) oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 12 Januari 2022