Ketua Polis Negara Acryl Sani perlu menjelaskan mengapa polis menyiasat Ahli Parlimen Kulai berhubung hantaran media sosial dari empat tahun lepas – sama ada perkara ini mencerminkan ketidakcekapan polis atau salah guna kuasa di bawah kerajaan Ismail Sabri

Ketua Polis Negara Acryl Sani perlu menjelaskan mengapa polis menyiasat Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berhubung hantaran media sosial dari empat tahun lepas – sama ada perkara ini mencerminkan ketidakcekapan polis atau salah guna kuasa di bawah kerajaan Ismail Sabri.

Hantaran media sosial itu pada asalnya dibuat oleh aktivis-artis Fahmi Reza dan Nie Ching telah berkongsi hantaran berkenaan di Facebook rasminya bersama dengan kapsyen “pertahankan kebebasan berekspresi, kebebasan bersatira”.

Polis telah memaklumkan kepada Nie Ching bahawa siasatan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan (penghinaan yang disengajakan dengan niat untuk mencetuskan pecah keamanan) dan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar atau perkhidmatan rangkaian dll).

Bukankah polis mempunyai perkara yang lebih baik untuk dilakukan?

Saya menyokong sepenuhnya kenyataan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) bahawa pihak penguatkuasa tidak seharusnya digunakan untuk mengganggu penentang dan polis harus menumpukan perhatian kepada memerangi jenayah dan bukan menjadi alat politik untuk menakut-nakutkan atau mengganggu orang ramai, terutamanya ahli parlimen, hanya kerana menyuarakan buah fikiran mereka.

AHLI PARLIMEN ISKANDAR PUTERI
Kenyataan media (2) oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 13 Januari 2022