DAP tidak akan menyokong pindaan kontroversi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)

DAP tidak akan menyokong pindaan kontroversi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) yang mencadangkan kenaikan denda terhadap kegagalan mematuhi SOP COVID-19 walaupun rang undang-undang yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen Mac akan datang akan mengekalkan denda maksimum individu kepada RM1,000 bagi individu tetapi mengurangkan separuh denda kompaun maksimum bagi syarikat daripada RM1 juta kepada RM500,000. Pada masa ini, semua denda kompaun yang dikeluarkan di bawah Akta tersebut tertakluk kepada had RM1,000.

PH sebelum ini telah memutuskan untuk tidak menyokong Akta 342 berikutan kenaikan denda yang kontroversi, dan mencadangkan syarikat yang terus ingkar dan melanggar SOP ditutup. Rakyat dan syarikat telah cukup menderita dan tidak sepatutnya dibebani ketika kemelesetan ekonomi sekarang dengan denda yang lebih berat tertakluk kepada budi bicara kerajaan.

SETIAUSAHA AGUNG DAP & AHLI PARLIMEN BAGAN
Kenyataan media oleh Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 13 Januari 2022