Azam Baki boleh dipenjarakan kerana menghina Parlimen sekiranya beliau ingkar sapina Parlimen untuk hadir memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 19 Januari ini untuk membersihkan pertuduhan konflik kepentingan yang dihadapinya

Ketua Peseruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Azam Baki boleh dipenjarakan kerana menghina Parlimen sekiranya beliau ingkar sapina Parlimen untuk hadir memberikan keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 19 Januari ini untuk membersihkan pertuduhan konflik kepentingan yang dihadapinya.

Azam tersilap apabila beliau mengatakan yang beliau hanya bertanggungjawab kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM sedangkan beliau juga bertanggungjawab untuk kekal telus dan jujur kepada Parlimen dan rakyat Malaysia.

Azam tidak sepatutnya cuba menguji kuasa Parlimen untuk menghukumnya atas penghinaan kepada Parlimen sekiranya beliau mengingkari sapina JPK mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri pada hari Rabu hadapan.

Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dengan jelas memperuntukan yang Parlimen boleh menghukum Azam atas kesalahan menghina Parlimen sekiranya beliau ingkar dengan arahan hadir di hadapan JPK Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Ismail Sabri, telah mengatakan yang SPRM telah memulakan siasatan mereka ke atas kes Azam, tetapi, masih terdapat persoalan besar mengenai siapa di dalam SPRM yang akan mengetuai siasatan ini.

Mengapakah SPRM berahsia mengenai maklumat ini?

Saya telah katakan yang keseluruhan kontroversi mengenai Azam ini boleh diselesaikan sekiranya Azam sendiri hadir secara sukarela di hadapan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk membersihkan namanya daripada sebarang pertuduhan mengenai konflik kepentingan.

Mengapa beliau tidak bersedia untuk berbuat demikian?

AHLI PARLIMEN ISKANDAR PUTERI
Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 14 Januari 2022