Apakah pengajaran mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 yang dapat dihayati daripada Pemilihan Presiden Filipina esok untuk Malaysia?
Saya baru sahaja membaca laporan AFP yang mengatakan Marcos Jr “kelihatan seperti berada di ambang kemenangan dalam pemilihan presiden, mendahului dengan pasti melalui kempen pengeliruan jangka panjang untuk mengubah semula jenama keluarganya”.
Laporan AFP mengatakan:
“Kedatangan semula keluarga tersebut daripada status pariah dalam buangan kepada kemuncak kuasa politik telah dibina melalui rentetan tanpa henti hantaran palsu dan mengelirukan di media sosial.
“Laman-laman pro-Marcos telah mencuba untuk menulis semula sejarah keluarga tersebut, menyebarkan maklumat salah mengenai pelbagai perkara, daripada maklumat mengenai pemerintahan diktator ketua keluarga tersebut, kepada perintah mahkamah, sehinggalah kepada mengenai berbillion dolar wang yang dirompak dari negara.
“Pasukan Semak Fakta AFP telah membongkarkan banyak mitos yang berlegaran mengenai keluarga Marcos ini.”
AFP memetik lima kejadian kempen maklumat palsu yang digunakan untuk membersihkan nama keluarga Marcos:
Satu dakwaan mengatakan Filipina adalah negara kedua terkaya selepas Jepun semasa di bawah regim Marcos. Penyemak fakta AFP merujuk kepada pakar yang mengatakan data ekonomi daripada era Marcos menunjukkan kisah yang sangat berbeza. Kadar pengeluaran dalam negara kasar jatuh daripada tempat ke-lima di Asia pada permulaan pemerintahan diktator tersebut kepada tempat ke-enam menjelang 1985 apabila negara tersebut terjunam ke dalam kegawatan ekonomi.
Namun, lebih daripada $658 juta telah ditemui di dalam akaun bank Swiss mereka, yang mana mahkamah telah mengarahkan supaya dipulangkan semula kepada kerajaan. Jumlah ini hanyalah sebahagian daripada $10 billion yang dianggarkan dirompak daripada kerajaan semasa pemerintahan regim Marcos.
Amnesty International menganggarkan pasukan keselamatan Marcos telah sama ada membunuh, menyeksa, mendera secara seksual, mencacatkan, atau menahan tanpa sebab, kira-kira 70,000 penentangnya.
Demi nasib demokrasi di Malaysia, rakyat Malaysia perlu menghayati dan merenung pengajaran untuk Malaysia dalam PRU-15 daripada Pemilihan Presiden Filipina yang akan berlangsung esok!