Parti-parti Pakatan Harapan perlu bersedia kerana PRU15 akan menjadi satu “perang media sosial”

Kemenangan maklumat palsu di media sosial dan penipuan di internet dalam Pemilihan Presiden Filipina pada 9 Mei yang membawa kepada kemenangan besar kepada Ferdinand Marcos Jr, anak kepada bekas diktator dan kleptokrat Filipina, perlu menjadi pengajaran untuk Malaysia.

Dengan lebih daripada 31 juta diberikan kepada Marcos Jr, sedangkan ketua pembangkang merangkap Naib Presiden Leni Robredo hanya memenangi kurang daripada setengah undian barisan hadapan, rakyat Filipina kini mungkin berhadapan dengan enam tahun berada dalam “sisi gelap sejarah”.

Adakah Pilihan Raya Umum ke-15 di Malaysia juga boleh dirompak melalui maklumat palsu dan penipuan di media sosial dan internet.

Parti-parti Pakatan Harapan perlu bersedia kerana PRU15 akan menjadi satu “perang media sosial”.

Sekiranya maklumat palsu dan penipuan di media sosial dan internet dapat “mencuci” era keganasan dan kleptokrasi diktator Marcos Sr pada tahun 80-an, di mana lebih daripada 70,000 orang dipenjarakan, 34,000 diseksa, dan 3,000 dibunuh, dengan lebih daripada $10 billion dana awam dirompak, pastinya akan ada pihak yang melihat sinar harapan dalam perang media sosial untuk PRU15, di mana penipuan, maklumat palsu, dan berita palsu dapat digunakan untuk “mencuci” dosa kleptokrasi menjadi “zaman keemasan” negara kita.

Perkara ini sudah pun mula terjadi memandangkan saya telah melihat klip video Tiktok yang mendakwa kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan telah kononnya menyekat dua belas berita yang sebenarnya hanya satu penipuan, fitnah, dan berita palsu yang cuba mewujudkan kebencian dalam kalangan orang Cina.

Sepanjang 56 tahun saya berkecimpung dalam politik, saya telah dituduh sebagai anti-Melayu, anti-Islam, anti-Cina, dan juga anti-India tetapi yang menuduh saya itu langsung tidak dapat memberikan secebis bukti pun untuk membuktikan tuduhan-tuduhan mereka ini.

Tambahan lagi, adakah mungkin untuk mana-mana ahli politik di Malaysia untuk pada satu masa yang sama menjadi seorang yang anti-Melayu, anti-Islam, anti-Cina, dan anti-India?

Mereka yang tidak mahu melihat PRU15 daripada dijadikan satu “perang media sosial” ini perlu menyusun strategi untuk mengelakkan kejadian ini daripada terjadi di Malaysia.

AHLI PARLIMEN ISKANDAR PUTERI
Kenyataan media oleh Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Kahmis, 12 Mei 2022