Membentung pengeluaran modal haram demi memperkukuhkan nilai Ringgit

Bukan sahaja kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Singapura dan mata wang utama lain di serantau Asia dan sedunia, membawa kesan negative kepada kuasa membeli perkerja di Malaysia berasaskan gaji nilai setempat mereka berhubung dengan jangkaan inflasi akibat Perang Ukraine dan tekanan ekonomi pasca-pandemik COVID. Keadaan ini telah mengakibatkan diaspora warga Malaysia bukanm sahaja berhijrah ke Singapura danbanyak negara lain di seluruh dunia.

Kemerosotan nilai ringgit Malaysia yang berterusan tidak membawa gaji yang lebih baik untuk tenaga kerja setempat dan tidak juga meningkatkan kuasa beli mereka, manakala terdapat transformasi industri Malaysia yang lembap daripada industry intensif buruh yang banyak bergantung pada pekerja asing yang bergaji murah tetapi kurang mahir kepada industri intensif teknologi dan industry 4.0 secara automatik yang lebih bertenaga dan berdaya saing. Ini juga telah menyumbang kepada arusan pengaliran modal kelaur dari Malaysia dan mendorong pekerja mahir tempatan berhijrah ke luar negara. Singapura Cuma merupakan salah satu nagara asing yang menampung bilangan pekerja penghijrah Malaysia yang paling ramai.

Sebagai langkah monetari sementara, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia memutuskan untuk menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus. Kadar siling dan lantai koridor OPR juga meningkat kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus, masing-masing. Langkah monetari ini hanya merupakan pendekatan sementara untuk menyerap kejutan yang dihadapi oleh kemerosotan nilai ringgit dan membendung inflasi sambil mengekalkan fleksibiliti nilai ringgit supaya tidak menjejaskan daya persaingan ekspot, disebabkan kenaikan nilai dolar AS selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mengumumkan kenaikan kadar faedah terbesarnya sejak 20 tahuan dahulu sebanyak setengah mata peratusan, kepada lingkungan 0.75% hingga 1% kerana ianya berusaha membentung kadar inflasi yang melulu.

Namun begitu, juga banyak faktor jangka panjang yang negatif yang telah mengakibatkan diaspora Malaysia, melainkan jika Malaysia bertekad untuk memperbaharui asas institusi kewangannya, meningkat taraf infrastrukturnya, merefomasi dasar sosioekonomi dan pendidikannya yang berbaur dominasi segelntir kaum dan elitis telah gagal memajukan negara, serta memerangi rasuah dan pengaliran modal haram keluar dari negara sebagai krisis negara yang paling mengancam keslematan negara selepas wabak COVID.

Malaysia mempunyai pengeluaran modal bersih (net illicit capital outflows) sebanyak RM 2.263 bilion pada suku ke-4 2021 mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia. Antara tahun 2019 dan 2021, kecuali pada suku pertama dan ketiga 2021 manakala Malaysia mempunyai pelaburan modal positif bersih masing-masing sebanyak RM 15.797 bilion dan RM22.686 bilion, Malaysia mempunyai jumlah pengeluaran modal dalam semua suku lain berjumlah RM 123.097 bilion, dan jumlah pengeluaran modal bersih sebanyak RM 84.614 bilion dalam tiga tahun kewangan yang lalu. Sebnarnya ini merupakan faktor utama menggugakkan kestabbilan nilai ringgit.

Bukan sahaja pandemik COVID, sistem demokrasi yang tidak berfungsi, ketelusan institusi-institusi kewangan yang merosot, pembangunan infrastruktur yang kurang efisien, dan yang paling penting adalah kelemahan dasar sosioekonomi dan pendidikan yang memupuk dominasi kaum dan segelintir elitis yang menggugakkan keyakinan dua-dua para pelabur domestik dan asing. Faktor-faktor regresif in telah menjadikan Malaysia kurang menarik sebagai destinasi pelaburan murktamad pada jangka masa panjang jika berbanding dengan negara-negara jiran lain di Asia Tenggara. Keadaan ini dicerminkan sebahagiannya oleh kemerosotan nilai ringgit berbanding mata wang di negara-negara serantau Asia dan mata wang utama lain di dunia pada dekad yang lalu.

Dalam tempoh 10 tahun yang lalu, nilai ringgit Malaysia telah menyusut berbanding dengan mata wang utama serantau, selain berbanding dengan dolar Singapura sebanyak -22%, -21% berbanding Baht Thailand, -13% Peso Filipina, -22% Dong Vietnam, -29% Riel Kemboja , -24% Renminbi, -28% Dolar Baru Taiwan, -29% dolar Hong Kong, -21% Won Korea Selatan, -29% dolar AS, -13% Euro, -7.88% Sterling Pound, -25% Franc Swiss.

Bagi meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia, banyak kelemahan institusi perlu diperbaiki. Paling penting, Malaysia perlu menangani isu rasuah dan pengeluaran modal haram sebagai krisis negara yang menjejaskan ekonomi Negara selepas wabak COVID. Dalam jangka masa panjang, rasuah dan pengeeluaran modal haram akan membawa lebih banyak pergolakan sosioekonomi yang mendesak terutamanya selepas tempoh selepas pandemik.

Menurut laporan oleh laporan Global Financial Integrity, negara membangun yang mempunyai jurang nilai terbesar yang dikenal pasti dalam perdagangan dengan 36 ekonomi maju pada 2018 ialah China (AS$305.0 bilion), Poland (AS$62.3 bilion), India (AS$38.9 bilion), Rusia ( AS$32.6 bilion) dan Malaysia (AS$30.7 bilion). Malaysia mengalami kerugian antara AS$22.9 bilion (RM94.22 bilion) dan AS$33.7 bilion (RM138.66 bilion) dalam pengeluaran modal haram dari 2006 hingga 2015. Malaysia mengalami kerugian sehingga kira-kira AS$431 bilion (RM1.8 trilion) dalam pengluaran modal haram antara 2005 dan 2014.

Malaysia berkemungkinan mempunyai pengeluaran modal haram per kapita yang tertinggi di dunia, bahkan mengkibatkan jumlah besar kerugian hasil kerajaan berpunca dari pengelakkan cukai. Kitipan hasik kerajaan ini sepatutnya boleh digunakan untuk memajukan sistem pendidikan dan TVET untuk meningkatkan prdoduktiviti tenaga manusia dan pendapatan kalangan pekerja di negara ini.

Setakat ini hanya satu NGO terkemuka iaitu Persatuan Pengguna Pulau Pinang telah merayu supaya menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan yang dibuat dalam laporan Pandora Papers, Panama Papers dan Paradise Papaers terhadap ramai pemimpin Malaysia terkemuka dan ahli keluarga mereka yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran modal haram ke Tax Heaven walaupun sumber kekayaan mereka masih diragui.

Rakyat Malaysia berhak menigkatkan pendapatan seisi keluraga mereka dan menikmati taraf kehidupan yang lebih baik, Usaha refomasi perlu bermula dari keazaman seluruh Negara bagi mendedahkan kebenaran, mengetahui kebenaran, berdamai antar satu sama lain berasaskan kebenaran dan memaju ke hadapan dengan keyakinan dan keazaman memperbaharui institusi kita. Tujuan RCI bukan untuk membalas dendam kepada mana-mana pihak, tetapi untuk mendedahkan kebenaran dengan pengampunan berkelompok atau Amnesty, dan barulah Malaysia bersedia untuk memaju ke hadapan semula sebagai satu bangsa yang berkebanggaan.

Dr Boo Cheng Hau
Ahli Jawatankuasa Negeri DAP Johor
Kenyataan media oleh Dr Boo Cheng Hau di Johor Bahru pada hari Jumaat, 13 Mei 2022