Kerajaan perlu ada polisi yang lebih sempurna untuk pindah hidupan liar ke lokasi semula jadi yang selamat

Saya telah meminta Kerajaan negeri Johor menyediakan polisi yang lebih sempurna dalam memindah hidupan liar yang diadu menimbulkan kacau ganggu seperti anjing, monyet dan gajah ke lokasi yang sesuai dan selamat, supaya dapat mengurangkan kerugian yang dialami oleh orang awam yang diganggu, pada pagi ini, 21 Jun 2022 di sesi soal jawab lisan dalam Dewan Negeri Johor.

Soalan yang telah diajukan kepada YB Raven Kumar, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya itu adalah berbunyi, adakah negeri Johor mempunyai tempat yang selamat untuk menempatkan hidupan-hidupan liar yang telah ditangkap.

Anjing liar yang ditangkap oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan hidupan liar lain yang ditangkap oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) tidak ditempatkan dengan baik.

Anjing liar yang telah ditangkap kebanyakan diletak dalam sangkar yang sesak di PBT, manakala hidupan liar yang lain pula dilepaskan di kawasan hutan yang berdekatan sehingga mereka akan balik ke kawasan kediaman tidak lama lagi.

Kerajaan perlu mencari lokasi-lokasi yang sesuai untuk hidupan liar seperti hutan simpanan atau mendirikan kawasan rezab hidupan liar dan memastikan lokasi tersebut adalah selamat sebelum memindahkan hidupan liar yang ditangkap ke situ.

Bagi anjing dan kuching liar, cara memandulkan perlu digalakan supaya dapat mengurangkan pembiakan sebelum dipindah ke tempat yang selamat.

Hidupan liar yang bercedera juga perlu dirawat dan pindah ke alam semula jadi selepas sembuh.

Lokasi penempatan gajah juga perlu ditelitikan kerana kes ceroboh kebun dan kediaman selalu berulang.

PBT juga perlu lebih ambil perhatian sebelum meluluskan permohonan pembangunan terutama di kawasan yang selalu muncul hidupan liar, ini bukan sahaja dapat memastikan keselamatan penduduk, tetapi juga dapat mengelakan kerugian harta benda disebabkan kacau ganggu hidupan liar.

Ee Chin Li
ADUN Tangkak
Kenyataan media oleh Ee Chin Li di Tangkak pada hari Selasa, 21 Jun 2022