Saya memetik ucapan Presiden PAS Hj Abdul Hadi Awang yang melabelkan DAP sebagai ‘anak butir taik PAP’. Logik Hadi disandarkan kepada sejarah awal penubuhan DAP yang didakwa ada keterkaitannya dengan PAP.
Rujuk http://m.malaysiakini.com/news/378756
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/04/11/dap-serpihan-tahi-pap-kata-hadi/
Hadi harus sedar bahawa tohmahan tersebut juga boleh terpakai kepada partinya sendiri – PAS.
PAS lahir pada tahun 1951 atas nama Persatuan Islam Se-Malaya semasa Persidangan Alim Ulamak Malaya yang dianjurkan oleh UMNO.
Pengerusi Jawatankuasa Penajanya Haji Ahmad Fuad Hassan merupakan individu yang pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Agama UMNO. Sebaik sahaja PAS sah didaftarkan, beliau menjadi Yang DiPertua pertama parti itu.
Menggunakan logik yang sama, PAS boleh sahaja dilabel sebagai ‘anak butir taik UMNO’ jika kita mahu.
Namun bagi saya, DAP tidak memilih melabel pesaing politiknya dengan label-label sebegitu.
Ekonomi negara sedang tenat, rakyat semakin terhimpit. Solusi kepada permasalahan ini ialah dengan mengangkat agenda reformasi dalam urustadbir negara menerusi polisi-polisi membela rakyat. Bukan meletakkan label-label ‘murahan’ bertujuan menakut-nakutkan rakyat.
Justeru, saya nasihatkan Presiden PAS agar lebih berjiwa besar untuk tampil dihadapan rakyat dengan mengemukakan tawaran-tawaran polisi yang benar-benar menyentuh isu dihadapi rakyat.
Meletakkan label-label yang tidak sepatutnya seperti ‘anak butir taik’ itu dan ini, tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada rakyat dan negara.