Skip to content

Ucapan perbahasan Titah DiRaja oleh ADUN Bercham, Cheong Chee Khing di Dewan Undangan Negeri Perak

Dato Seri Timbalan Yang Di Pertua yang dihormati.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perak, Yang Berhormat Ketua pembankang Perak, Yang Berusaha ketua-ketua Jabatan kerajaan , Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Pihak Media, Pemerhati- permerhari sekalian. Salam sejahtera.

Bercham menjunjung kasih atas Titah Tuanku Sultan Perak tatkala Istiadat Pembukaan Penggal Kelima, Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang Ketiga Belas pada 4 April 2017 yang lalu. Hari ini saya tampil mengambil bahagian dalam perbahasan demi mengangkat suara rakyat dalam Dewan yang mulia ini.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada YB Puan Speaker yang telah terpilih sebagai Speaker wanita di negari kita. Saya yakin YB Puan Speaker dapat memimpin Dewan yang mulia ini ke arah memartabatkan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan di Negeri Perak.

Sebagai permulaan, saya ingin mencadangkan supaya Peraturan Tetap Dewan Negeri Perak perenggan 22(2) yang mewajibkan setiap pertanyaan hendaklah dikeluarkan pemberitahunya oleh seseorang Ahli Dewan Negeri dengan bertulis tidak kurang daripada 14 hari daripada hari yang dikehendaki jawabnya dipinda kepada satu tempoh yang lebih munasabah.

Pertanyaan – pertanyaan mulut dan bertulis yang perlu dihantar begitu awal menyebabkan Ahli Dewan Negeri tidak dapat menggarap isu – isu semasa yang muncul sejurus sebelum sidang dewan bermula. Sebagai contoh, Ahli – Ahli Dewan Negeri tidak dapat mengemukakan soalan mengenai darurat “ banjir kilat “ yang melanda Negeri Perak baru – baru ini dan semua jawapan harus dikemukakan kepada semua Ahli-Ahli Dewan selewat-lewatnya pada hari pertama sidang Dewan Negeri.

Amalan negara – negara demokrasi maju seperti New Zealand dan Australia memperuntukkan tempoh masa kurang 3 hari bagi mengemukakan soalan lisan kepada Parlimen. Amalan ini dapat memastikan kepentingan rakyat dan negara yang berbangkit dapat dibincang dan dibahaskan dengan komprehensif di Dewan yang mulia ini.

Persempadanan semula , Reformasi Sistem Pilihan Raya

Sebagai sebuah negara yang demokratik, pilihan raya yang bersih, adil dan telus adalah tunjang kepada pengukuhan demokrasi. Ketempangan sistem pilihan raya yang berlaku wajar diperbetulkan melalui agenda reformasi sistem pilihan raya.

Ketempangan sistem pilihan raya di Malaysia juga berpunca daripada gerrymandering. Persempadanan bahagian pilihan raya dibuat secara tidak adil dan tidak memenuhi prinsip sistem demokrasi berperwakilan.

Sebagai Contoh, DUN Manjoi, DUN Bercham dan DUN Kota Tamban, DUN Trong mempunyai jumlah pengundi yang begitu besar perbezaannya. Contohnya kerusi DUN Manjoi mempunyai 53,238 pengundi, DUN Bercham 33,908 pengundu sebaliknya DUN Kota Tampan dan DUN Trong, masing-masing hanya mempunyai 11,990 dan 12,987 pengundi.

Ini berlaku apabila urusan persempadanan semula yang dilakukan selama ini tidak bersandarkan kriteria – kriteria tetap sejajar dengan lunas demokrasi.

Peranan SPR sewajarnya lebih tertumpu kepada urusan pengendalian pilihan raya dan tidak dibebankan dengan tanggungjawab untuk mengemukakan baru bahagian pilihan raya kerana ianya menggasir kredibiliti dan kebebasan SPR.

Boundary Commission for England diwujudkan bagi mengemukakan syor sempadan baru bagi kawasan – kawasan pilihan raya dalam tempoh setiap 5 tahun. Antara kriteria – kriteria yang menjadi pertimbangan adalah electoral quota and 5 % rule, geographical size, special geographical consideration, local government boundaries, boundaries of existing constituencies and local ties. Garis panduan ini terkandung dalam Laporan Boundary Commission for England 2013.

Apa pendirian dan pendapat Kerajaan Negeri Perak terhadap syor – syor persempadanan? saya ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri menerajui usaha untuk melantik dan menubuhkan satu jawatankuasa yang professional dan berkredibiliti untuk meneliti dan memberikan syor – syor berkenaan urusan persempadanan bahagian – bahagian pilihan raya dalam Negeri Perak.

Pembangunan Ekonomi Industri Negeri Perak

Negeri Perak seharusnya menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam Sector pembuatan ( manufacturing, dengan Izin) demi mencapai sasaran pertumbuhan Negeri Perak tahun 2020.

Pada pendapat saya, kelemahan pengurusan pentadbiran syarikat Perak Hi-Tech Park Sdn Bhd telahpun menjejaskan pencapaian penumbuhan sasaran 2020. Maka, saya menyeru pihak kerajaan supaya tindakan yang tegas diambil terhadap syarikat tersebut.

Projek rangkaian paip Natural Gas penyaluran di Perak, sepanjang 140 kilometer itu yang bermula dari Ayer Tawar hingga ke Lembah Kinta harus dipercepatkan,kerana dapat memberi manfaat kepada industri perkilangan yang seterusnya merancakkan pertumbuhan industri di Perak. Saya bercadang penyaluran paip dapat disalurkan ke semua Taman Industri khususnya di Kawasan Industri Bercham, Tasek dan IGB.

Lapangan Terbang Ipoh yang sedia ada telah mencapai limit pretasinya dan tidak dapat menampung kegunaan kapal terbang Jumpo Jet 747 .

Keperluan membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di Negeri Perak amat penting untuk menerlajui pembangunan ekonomi Negeri Perak khususnya dalam industri Perkilangan dan perlacongan. Kerajaan Negeri Perak harus komited dalam memastikan hasrat pembinaan sebuah lapangan terbang antarabangsa di negeri Perak dapat direalisasikan. Bercham bercadang bahawa satu jangka masa dan plan pembinaan lapangan terpang harus dikermukakan oleh kerajaan.

Tuanku Sultan telah bertitah pemodenan pelabuhan Lumut, penjanaan tenaga elektrik dan sistem telekomunikasi diberikan keutamaan secara berterusan demi pembangunan ekonomi Negeri Perak.

Pelaburan di dalam teknologi jalur lebar dan kemudahan internet berkelajuan tinggi perlu diperluas ke kawasan desa dan luar bandar. Hanya dengan teknologi maklumat kita dapat membina modal insan yang berilmu.

Penjanaan Tenaga Elektrik

Pertama saya ingin menyampaikan terimakasih kepada TNB cawangan ulu-kinta yang menjaga kawasan Bercham. Anggota Cawangan tesebut setiasa menjalankan tugas yang cepat, cekap dan efficient.

Negeri Perak menjana tenaga elektrik terbesar di Semenanjung Malaysia dengan jumlah kapasiti penjanaan 5000 MW. Malah, 95 % penjanaan mengunakan bahan api fosil. 5% bukan bahan api fosil. Penggunaan arang batu dan bahan api fosil lain bukan sahaja membimbangkan kerana factor pencemaran alam tetapi masalah sumber yang semakin berkurangan.. Krisis minyak, pemanasan global juga memberi kesan besar yang mendorong pencarian tenaga alternatif apa yang kini dikenali sebagai teknologi hijau.

Saya bercadang Negeri Perak membangunan penggunaan tenaga alternative atau kini dikenali sebagai tenaga diperbaharui (RE) seperti tenaga suria, angin,hidro, biogas, biomas, dan tenaga air di laut, termasuk tenaga haba laut (ocean thermal energy).

Poject pencegahan banjir Bercham Fasa 8 iaitu “ membuat longkang lencongan dari hala Bercham Timur 11 hingga ke Jalan perajurit” telah berhenti pada tahun 2017 kerana kekurangan peruntukan sedangkan peojek telah pun dilaksanakan setakat 50 % pada tahun 2015 dan 2016.

Justeru itu, saya mencadangkan Pihak kerajaan memberi peruntukan yang cukup untuk untuk mengatasi banjir kilat di kawasan Bercham.

Sejak tahun 2016, saya telah memohon pihak MBI untuk menambahbaikan dan Penurapan semula jalan di lebuh Bercham Selatan kerana rekabentuk jalan raya yang tidak sesuai selalu membawa bencana banjir dan kemalangan jalan raya. Saya menyeru pihak berkuasa mempercepatkan menlaksanakan projek tersebut demi kepentingan rakyat.

Tanah rezab Sekolah

Tanah rizab sungai ( D7/3/94 PT2 ) berdekatan di Anjung Bercham Indah telah dilulusan oleh Kerajaan kepada MB Inc dengan . Fail 247/7 -6921 (D) MMK.Bil 1874/14-9-2016, KM.Bil 1358/14-9-2016.

Bercham meminta YAB Menteri Besar untuk melindungi tanah Rizab itu untuk kegunaan pendidikan iaitu untuk membina sekolah pada masa hadapan bukan untuk keguaan pemaju-pemaju untuk pembinaan rumah dan kilang.

Apakah Polisi dan rasional yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri untuk melindungi pekebun-pekebun kecil. kerajaan negeri harus melindungi pekebun-pekebun kecil yang telah mengusahakan pertanian dan penanaman di tanah kerajaan yang tidak dihakmiliki oleh pekebun-pekebun tersebut selama beberapa dekad ini .

Mengapakah kerajaan negeri meluluskan dan memberikan sebidang tanah kerajaan yang dikenali sebagai PT 24482, H.S. (D) 22562, Mukim Sungai Raya, Daerah Kinta, Negeri Perak kepada seseorang yang bukannya seorang pekebun dan tidak tinggal di sana selama ini sedangkan sekumpulan pekebun yang telah menduduki serta mengusahakan tanah tersebut lebih daripada 40 tahun masih gagal mendapat tanah tersebut walaupun telah memohon.

Bercham juga ingin menggesa Kerajaan Negeri Perak untuk menyegerakan peruntukan pembangunan bagi Ahli – Ahli Dewan Negeri dikalangan pembangkang di Negeri Perak.