Sebanyak empat unit dron kelihatan berlegar di sekolah-sekolah di sekitar Ipoh Timor minggu lepas! Namun, ia sebenarnya bukanlah dron asing. Tujuannya bukanlah sebagai intipan, tetapi merupakan susulan bagi sebuah projek panel solar, di mana dron-dron tersebut digunakan sebagai pemantau bagi menyemak panel utama elektrik serta menilai keluasan kawasan bumbung sekolah-sekolah bantuan kerajaan. Ia adalah hasil kerjasama MP Ipoh Timor, Howard Lee bersama pihak TNB serta GSPARX selaku pelabur.
Selain menyukat keluasan bumbung, dron ini juga bertindak untuk mengenalpasti struktur-struktur bumbung yang tidak selamat memandangkan sebilangan sekolah-sekolah ini mempunyai bangunan warisan yang umurnya lebih 100 tahun.🏫🏫🏫
Matlamat utama projek panel solar ini bukan hanya untuk penjimatan elektrik, malah untuk menyampaikan kesedaran bahawa teknologi, kepakaran dan kebertanggungjawaban projek panel solar sudah tersedia untuk digunapakai demi penjimatan elektrik yang strategik. Ia juga bakal menjadi pilot projek yang menyokong usaha National Energy Transition Roadmap (NETR), sekaligus membina lapis generasi baharu yang celik tenaga.💡💡💡