Sertailah Perjuangan DAP

Sebuah parti politik tidak dapat berfungsi tanpa ahli-ahlinya. Menerusi keahlian anda, anda dapat membantu memperkasakan DAP dan turut mengubah Malaysia menjadi sebuah negara yang adil dan demokratik.

Setiap individu menyertai DAP berlandaskan pelbagai sebab yang berbeza. Bagaimana pula dengan anda?

  • Mungkin anda ingin memainkan peranan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih adil.
  • Mungkin anda ingin bertemu dengan orang yang sependapat di kawasan anda.
  • Anda barangkali ingin menyuarakan pandangan anda mengenai dasar-dasar Parti dan negara
  • Mungkin anda ingin memainkan peranan yang lebih giat di dalam masyarakat setempat sebagai seorang wakil DAP sama ada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen.
  • Ataupun, seperti kebanyakan ahli-ahli yang lain, anda sedar bahawa sistem periksa-dan-imbang (check-and-balance) yang berkesan amat penting dalam memastikan sistem pemerintah yang beramanah dan bertanggungjawab dapat dikekalkan.

Walau apapun faktor yang menjadi dorongan anda untuk menyertai DAP, jaminan kami adalah, anda pasti diberi ruang yang secukupnya untuk merealisasikan impian sebagai seorang rakyat Malaysia tanpa kira kaum dan agama.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari laman-laman berikut: