http://dapmalaysia.org  
DAPSY urges Defence Minister Datuk Seri Najib Razak to be flexible and implement immediate solutions to solve the problems faced by tens of thousands of students who are affected by the selection to undergo National Service programme
 

Media Statement
by
Loke Siew Fook

(Petaling Jaya, Saturdat): DAPSY had this morning sent a memorandum to the Defence Minister Datuk Seri Najib Razak to present our proposals to solve the many problems faced by the tens of thousands of students who are affected by the selection to undergo the National Service programme starting next February. 

Datuk Seri Najib was away in Kuching to attend the National Hari Raya Open House and the memorandum was handed over to his Senior Private Secretary Encik Abdul Aziz by DAP MP for Batu Gajah and DAPSY National Executive Council Member, Fong Po Kuan as the other members of the delegation which included DAPSY Vice Chairperson Raymond Chong, DAPSY National Publicity Secretary Ooi Leng Hang and myself were denied entry to the Ministry office.

 

Our memorandum reads:

 

MEMORANDUM KEPADA YB MENTERI PERTAHANAN

UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH PENGAMBILAN PESERTA

LATIHAN KHIDMAT NEGARA 2004

 

 

Kami, mewakili Jawatankuasa Tertinggi Kebangsaan Pergerakan Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) ingin membawa kepada perhatian YB Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Razak mengenai beberapa pemasalahan yang dihadapi oleh para peserta yang terpilih mengikuti Latihan Khidmat Negara 2004 dan menyeru YB Menteri untuk mengambil langkah yang bijak dan pantas untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi.

 

Pihak kami telah menerima banyak aduan daripada ibu bapa dan para pelajar yang terpilih mengikuti Latihan Khidmat Negara 2004. Masalah-masalah yang dihadapi boleh dikategorikan seperti di bawah:

 

 

Isu pertama:

 

Pelajar-pelajar yang terpilih yang akan memasuki Tingkatan 5 pada tahun 2004 dan mereka yang belum menghabiskan persekolahan menegah (SPM) iaitu pelajar-pelajar yang mengikuti Tingkatan Peralihan, Sekolah Persendirian Cina dan Sekolah Agama. Pelajar-pelajar dalam kategori ini tidak mungkin dapat mengikuti Latihan Khidmat Negara 2004 kerana ia akan menggangu waktu persekolahan mereka.

 

Cadangan DAPSY:

 

Menyeru YB Menteri Pertahanan supaya merangka satu mekanisma koordinasi dengan YB Menteri Pendidikan untuk menyelesaikan masalah pelajar kategori ini dengan mengeluarkan satu Warta untuk mengecualikan semua pelajar yang terpilih yang akan menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2004 daripada menghadiri Latihan Khidmat Negara pada 2004. Pelajar-pelajar ini tidak seharusnya diwajibkan untuk memohon pengecualian secara individu tetapi seharusnya melalui en bloc melalui Kementerian Pendidikan. Pelajar-pelajar ini seharusnya hanya perlu memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan melalui satu borang khas tetap melalui saluran sekolah mereka untuk mengurangkan birokrasi.

 

Isu kedua:

 

Pelajar-pelajar yang terpilih yang akan memulakan persekolahan di Tingkatan Enam dan Matrikulasi. Mengikut laporan media, kumpulan kedua dan ketiga Latihan Khidmat Negara 2004 akan berakhir pada 13 Jun 2004 manakala Matrikulasi akan bermula pada 10 Mei 2004 dan Tingkatan Enam Rendah pada 15 Mei 2004. Ini menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar yang akan memasuki Tingkatan Enam dan Matrikulasi.

 

Cadangan DAPSY:

 

Kami menyeru YB Menteri Pertahanan mengambil langkah dengan mengkoordinasi dengan Menteri Pendidikan dengan meminta supaya pelajar-pelajar yang terpilih mengikuti Latihan Khidmat Negara hanya akan memulakan persekolahan mereka selepas 13 Jun dan memberikan perhatian melalui kursus intensif kepada pelajar ini supaya pelajaran mereka tidak terjejas. Ini memerlukan satu persefahaman di antara Kementerian Pertahanan dengan Kementerian Pendidikan supaya pelajar yang terjejas tidak perlu menanggung beban red tape yang tidak perlu.

 

Isu Ketiga:

 

Pelajar-pelajar yang telah memohon melanjutkan pelajaran ke luar negara seperti South Australian Maticulation dan Western Australian Matriculation yang hanya mempunyai satu sesi pengambilan setahun iaitu pada bulan Januari.

 

Cadangan DAPSY:

 

Kami menyeru YB Menteri Pertahanan supaya mengecualikan pelajar-pelajar dalam kategori ini yang kebanyakannya telah mendapat kelulusan daripada pihak universiti mereka dan bayaran telah dibuat. Satu mekanisma tanpa red tape perlu dilaksanakan iaitu pelajar-pelajar yang terpilih hanya perlu menulis surat pengecualian kepada Kementerian Pertahanan dalam tempoh 10 hari dengan memberikan semua butir-butir sebagai bukti.

 

Cadangan-cadangan lain:

 

1) Memberikan satu garis panduan yang jelas kepada pelajar-pelajar yang tidak terpilih yang ingin mengambil bahagian dalam Latihan Khidmat Negara bagaimana untuk memohon.

 

2) Memberikan pengecualian terus kepada pelajar-pelajar yang cacat tanpa mereka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.

 

3) Mengumumkan maklumat terperinci berkenaan kandungan ko-kurikulum.

 

4) Lain-lain : Bagaimana ibu bapa menghubungi anak mereka semasa latihan dan samada cuti akan diberikan kepada peserta.

 

Kesimpulan:

 

Memandangkan Latihan Khidmat Negara 2004 julung kali diadakan di negara kita dan menimbulkan pelbagai masalah teknikal dan pelaksanaan, DAPSY menyeru supaya kerajaan dapat mengambil langkah dan sikap yang lebih terbuka dan fleksibel dalam menangani masalah ini. Kami tidak melihat apa-apa masalah untuk mengecualikan segolongan pelajar yang mempunyai kes-kes tertentu memandangkan jumlah yang terpilih hanya 86,000 daripada 480,000 yang tergolong dalam umur 18 tahun. Tempat yang dikosongkan oleh mereka yang dikecualikan bolehlah diberikan kepada mereka yang berminat secara sukarela.

 

Kami amat berharap kerajaan tidak akan menggunakan paksaan melalui hukuman undang-undang kepada mana-mana pelajar yang tidak dapat menghadiri Latihan Khidmat Negara kerana faktor-faktor tertentu kerana ini akan bertentangan dengan semangat sukarelawan.

 

 

 

(13/12/2003)


* Loke Siew Fook, DAPSY National Secretary