http://dapmalaysia.org  
DAPSY meminta Bank Negara Malaysia untuk bercampur tangan dalam hal caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Maybank2u.com terhadap pengguna-penggunanya, untuk memastikan bahawa Maybank tidak menyalahi sebarang undang-undang kormesial dan perbankan di Malaysia, serta melindungi hak pengguna, khususnya mereka yang daripada golongan pemuda, yang mana pengenaan caj perkhidmatan ini akan memberi impak tehadap golongan ini
 

Kenyataan Media
-
berkenaan dengan demonstrasi protes terhadap kutipan yuran perkhidmatan oleh Maybank2u.com.
oleh Biro Publisiti DAPSY

(Kuala Lumpur,  Khamis): DAPSY selalunya mengalu-lukan kepelbagaian corak perkhidmatan yang ditawarkan oleh Maybank khususnya portal perbankan internetnya, Maybank2u.com, di mana ianya disifatkan sebagai portal perbankan internet sukaramai yang telah berjaya mengurangkan kos operasi dan menjimatkan masa pengguna. 

Walau bagaimanapun, DAPSY tidak dapat bersetuju dengan dasar Maybank yang berkali-kali mengenakan caj terhadap penggunaan perkhidmatannya. 

Maybank telah melancarkan kad ATMnya yang bercip pintar dimana bagi setiap pengeluaran tunai yang ke-5 dan yang seterusnya daripada akaun yang mempunyai simpanan wang di bawah RM5 ribu, Maybank akan mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 50 sen setiap transaksi. Tujuannya ialah untuk menggalakkan penggunaan Maybank2u.com untuk mengurangkan transaksi bertunai. 

Dasar Maybank ini telah bercanggahan dengan keputusannya yang terkini, di mana setiap pengguna akan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak RM1 sebulan. DAPSY berpendapat tindakan Maybank ini adalah tidak berpatutan kerana ianya bercanggahan dengan pendirian Maybank yang ingin menggalakkan transaksi tanpa tunai. Soalannya, adalah Maybank betul-betul ingin menggalakkan penggunaan perbankan internet atau tidak? 

Selain itu, keputusan Maybank ini akan mendatangkan impak kepada pengguna-penggunanya yang kebanyakkannya pemuda-pemudi yang baru melangkah ke alam pekerjaan. Golongan inilah yang selalunya belum lagi membina asas kewangan yang kukuh. Pengenaan caj bulanan ini pada jangka masa panjang akan memberi kesan buruk kepada kedudukan kewangan mereka. 

Bank Negara Malaysia juga perlu prihatin terhadap kenyataan-kenyataan Maybank yang tidak tepat seperti berikut:

  1. Maybank menyatakan bahawa perkhidmatan boleh online bila-bila masa padahalnya ianya hanya beroperasi dari pukul 6 pagi hingga pukul 12 pagi. Maybank2u.com tidak beoperasi pada waktu selepas pukul 12 pagi dan sebelum 6 pagi
  2. Mengikut laporan Malaysiakini.com, hanya Maybank di Malaysia yang mengenakan caj ini. Maybank Singapura dan Filipina tidak mengenakan caj yang sedemikian terhadap pengguna-penggunanya.

Disebabkan perkara ini merupakan perkara yang mustahak, DAPSY telah berkumpul di Bank Negara Malaysia untuk menyeru BNM cercampur tangan dalam perkara ini dan memastikan bahawa Maybank tidak menyalahi sebarang undang-undang kormesial dan perbankan di Malaysia, serta melindungi hak pengguna, khususnya mereka yang daripada golongan pemuda, yang mana pengenaan caj perkhidmatan ini akan memberi impak tehadap golongan ini.

(9/12/2004)