http://dapmalaysia.org  
Kekerasan mewujudkan kekerasan. Pengeboman berani mati (suicide bombing) Palestin dibalas dengan tembuk dan tindakan tentera Israel
 

Ucapan
-
ketika mengambil bahagian di dalam perbahasan usul Menteri Luar YB Syed Hamid Albar
oleh Dr Tan Seng Giaw

(Dewan Rakyat,  Rabu): Kita menyeru supaya Perdana Menteri menghadiri Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membangkitkan resolusi bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin secara damai. 

Usul Menteri ialah (1) menggesa semua pihak menyokong hak rakyat Palestin untuk mencapai kedaulatan Negara Palestin yang merdeka dan juga menyokong pemimpin baru mereka yang dilantik selepas 9hb Januari, 2005; (2) mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan ketenteraan Israel yang terus menindas dan membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa serta merobohkan rumah-rumah kediaman mereka; dan (3) mendesak ahli Quartet (iaitu Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah dan PBB) untuk mengambil langkah seterusnya untuk memastikan Pelan Damai dibawa segera ke landasan yang benar dan untuk memastikan Israel dihalang daripada mengeksploitasi situasi di Palestin selepas kematian Allahyarham Yasser Arafat.

 

Saya bangun untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan ini dengan perasaan sedih kerana konflik Israel-Palestin berterusan (dengan pengorbanan demi pengorbanan kedua-dua pihak). Pengembalian Yasser Arafat ke rahmatullah telah meninggalkan satu vakum (hampagas). Adalah susah untuk menggantikan Allahyarham.

 

Saya mencadangkan supaya YAB Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan YB Menteri Luar Datuk Seri Syed Hamid Albar pergi ke PBB untuk mengemukakan resolusi bagi mencapai perdamaian di Palestin. Resolusi demi resolusi telah dibentangkan di PBB. Tetapi, mereka tidak dapat dikuatkuasakan di Timur Tengah. (Amerika Syarikat yang merupakan satu daripada lima kuasa veto, selalu memvetokan resolusi-resolusi untuk menangani masalah di Palestin.)

 

Rumusan-rumusan perdamaian telah dipelopori oleh beberapa pihak, termasuk bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dan bekas Senator negara yang sama George Mitchell. Tetapi, mereka tidak dapat dijayakan di sebabkan faktor-faktor yang tertentu ternasuk kedegilan berapa pihak.

 

Sebagai Pengerusi Organization of Islamic Conference (OIC) dan Non-Aligned Movement (NAM), Malaysia mestilah berikhtiar untuk mencari jalan ke arah perdamaian. 

 

Pada 1993, Arafat (Pertubuhan Pembebasan Palestin atau Palestinian Liberation Organization[PLO]) mengiktirafkan Israel. Pada 1994, beliau menandatangi perjanjian damai dengan Mendiang Perdana Menteri Yitzhak Rabin. Malangnya perjanjian ini gagal.

 

Pengeboman berani mati dan serangan tentera Israel bertambah buruk sejak Perdana Menteri Israel Ariel Sharon melawat tempat suci di Baitulmuqaddis pada September 2000. Ini telah diikuti dengan pembinaan tembuk oleh Israel. Kesusahan orang Palestin bertambah. (Israel mendakwa tembuk dapat mewujud keselamatan).

 

Sejarah orang-orang Palestin bermula lebih 2,000 tahun atau 3,000 tahun yang lalu. Pada 1920, sempadan politik Palestin bermula. Sejak 1948, perang demi perang di antara Arab dengan Israel, menyebabkan pelarian Palestin. Bilangan termasuk keturunannya dianggarkan hampir tiga juta (3.7 juta). Ada yang tambah dua juta lagi (di luar Jordan, Syria, Lebanon, Tebing Barat dan Gaza). Mereka mestilah dilindungi.

 

Perhatian lebih haruslah ditumpu kepada isu-isu Baitulmuqaddis, pelarian, Tebing Barat, Gaza, Golan Heights dan sempadan dengan Lebanon. Kita tidak percaya kepada kekerasan, kerana kekerasan mewujudkan kekerasan dan tembuk. Hanya cara aman dapat menentukan. Kerajaan patut berikhtiar untuk mencapai perdamaian untuk selama-lamanya.

(8/12/2004)


* Dr Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong