http://dapmalaysia.org  
Walaupun Barisan Nasional menang sebanyak 90% kerusi parlimen pada pilihan raya 2004, tetapi ianya melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang semakin zalim serta menindaskan. Keputusan kerajaan BN untuk mengizinkan kenaikan tol sebanyak 10% oleh PLUS apda tahun depan adalah satu bukti yang amat ketara kezaliman dasar-dasar BN
 

Kenyataan akhbar
-
semasa perhimpunan di Plaza Toll Skudai  mengenai bantahan terhadap kenaikan tol 10% oleh PLUS berikutan tahun 2005 anjuran CAUTI
oleh
Dr. Boo Cheng Hau

(Skudai,  Sunday): Setakat ini PLUS telah beruntung sebanyak RM9.8 bilion dan RM 700 juta pada tahun 2003. Lagipun Kerajaan BN telah memperuntukkan RM 900 juta untuk menaiktarafkan Lebuhraya Utara-Selatan pada tahun 2003. Malahan keputusan kerajaan BN membenarkan kenaikan tol sebanyak 10%  pada tahun 2005, adalah amat kurang munasabah kerana peruntukan wang cukai digunakan untuk menaiktarafkan lebuh raya manakala keunutngan tidak dikembalikan kepada pembayar cukai, bahkan kenaikan tol dijatuhkan ke atas pembayar cukai semula.

Walaupun Barisan Nasional menang sebanyak 90% kerusi parlimen pada pilihan raya 2004, tetapi ianya melaksanakan dasar-dasar ekonomi yang semakin zalim serta menindaskan. Keputusan kerajaan BN untuk mengizinkan kenaikan tol sebanyak 10% oleh PLUS apda tahun depan adalah satu bukti yang amat ketara kezaliman dasar-dasar BN.

Dasar-dasar ekonomi kerajaan BN yang kurang berketelusan telah memupuk kronisme, nepotisme dan rasuah sehingga fungsi pasaran bebas terjejas. Dasar penswastaan yang asalnya ditujukan  untuk meringankan beban pembayar cukai dan belanjawan kerajaan telah sebaliknya membebankan pembayar cukai dan pengguna lebuh raya, seumpama harapkan pagar padi dimakan pagar pula.  

Kegagalan dasar penswastaan Malaysia disebabkan mencuri sebahagian idea penswastaan bekas kerajaan Margaret Thatcher secara sesat  dengan memupuk rasuah dan kronyisme pada hakikatnya. Ciri-ciri ekonomi pasaran  bebas telah lenyap di Malaysia tetapi diganti dengan ekonomi monopoli, kronysime dan nepotisme.

 

Oleh itu, kita mesti melancarkan gerakan memulihkan ekonomi berdemokrasi serta memngembalikan kuasa ekonomi ke tangan rakyat semula dengan konsep mensosialisasikan dan mendemokrasikan ekonomi Malaysia. Pensosialisasian dan pendemokrasian ekonomi akan mengizinkan kuasa NGO’s dan pertubuhan masyarakat menceburi dalam ekonomi serta mempertahankan hak-hak ekonomi rakyat jelata.

 

Kerajaan BN juga gagal melaksanakan “Dasar Pandang ke Timur”, di mana budaya korporat Korea Selatan dan Jepun akan dicontohi. Keazaman BN untuk memajukan ekonomi a la Korea Selatan dan Jepun merupakan kepansaan tahi-tahi ayam.  Di Ibunegara Korea Selatan, Seoul, 26 buah jambatan sebesar Jambatan Penanag melintasi Sungai Han dibina untuk kemudahan wargakota Seoul tanpa sebarang tol. Apakah Kerajaan BN yang betul-betul belajar dari Korea Selatan?

 

Janganlah kita terlupa kejayaan ekonomi Korea Selatan dan Jepun  adalah berhubungan dengan  reformasi politik dan ekonomi dengan memupuk budaya ekonomi dan politik baru dan  ketelusan dalan pentadbiran swasta dan awam.

 

(26/12/2004)


* Dr. Boo Cheng Hau, Ketua Pemuda DAP Negeri Johor