http://dapmalaysia.org  

Menyeru supaya Peguam Negara menggantung segala tindakan mendakwa 4,290 belia yang gagal menghadirkan diri untuk program khdmat negara  sehingga Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara selesai menjalankan bidang tugasnya dan mengemukakan laporan keputusan siasatannya ke Parlimen

 


Ucapan
-
atas usul Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara
oleh
Lim Kit Siang

(Dewan Rakyat, Tuesday): Hari ini merupakan hari terakhir sesi pertama Parlimen ke-11 yang dipilih pada 21hb Mac 2004, yang ditandakan oleh dua initiative Parlimen: penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara yang kita sedang bincangkan ini serta penubuhan Kokus Mengenai Hak Asasi Manusia semua parti tengahari tadi, yang mana ahlinya terdiri daripada:

Pengerusi                 Datuk Seri Mohamed Nazri (Padang Rengas)
Timbalan Pengerusi    Lim Kit Siang (Ipoh Timur)
Naib-naib Pengerusi   Datin Seri Dr. Wan Azizah (Permatang Pauh)
                             Kamarudin Jaafar (Tumpat)
Setiausaha              Chong Eng (Bukit Mertajam)
Pen. Setiausaha       Fong Po Kuan (Batu Gajah) 

Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada 15 ahli-ahli Parlimen dari dari semua parti yang selebihnya yang telah menyuarakan sokongan mereka terhadap penubuhan kokus berkenaan yang kini juga merupakan ahli kepada kokus yang ahlinya sejumlah 22 orang ahli Parlimen ini. 

Semasa Parlimen ke-11 ini dirasmikan oleh Yang diPertuan Agong pada 17hb Mei lepas, semua ahli Parlimen dan parti politik yang diwakili di Parlimen telah menyuarakan sokongan mereka terhadap wawasan untuk mengubah Parlimen Malaysia menjadi sebuah Parlimen dunia pertama – yang akan ditandakan oleh program-program yang meluas dan berbagai mengenai pembaharuan dan modenisasi Parlimen. 

Dalam ucapan menjunjung titah diraja yang saya sampaikan pada 20hb Mei, saya pernah mencadangkan supaya mesyuarat pertama Parlimen ke-11 ini menubuhkan sekurang-kurangnya sepuluh Jawatankuasa Pilihan Khas sebagai bukti kesriusan dan komitmen kita menjadikan Parlimen Malaysia “Parlimen dunia pertama” serta  menunjukkan kepada seluruh negara dan masyarat dunia perbezaan yang dapat dilakukan oleh Parlimen baru ini dalam usaha pembaharuan dan modenisasi Parlimen. 

Jawatankuasa Pilihan Khas yang saya cadangkan itu termasuklah: 

  • Perpaduan Nasional dan Integrasi
  • Pindaan Kanun Prosidur Jenayah
  • Pembaharuan dan Pemodenan Parlimen
  • Integriti Nasional
  • Hak Asasi Manusia
  • Kualiti Pendidikan
  • Daya Saing Nasional
  • Teknologi Maklumat
  • Felda
  • Peminggiran Masyarakat India sebagai ‘kelas bawahan’

Setelah Parlimen bermesyuarat tiga kali dari bulan Mei ke Disember and pada hari terakhir sesi pertama (selain dari mesyuaratkhas Parlimen mengenai Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan yang saya diberitahu akan diadakan pada 17-18 Januari tahun depan), Parlimen belum lagi meluluskan sebarang agenda untuk melancarkan pembaharuan dan pemodenan Parlimen yang meluas – khasnya dari segi pemodenan prosedur, amalan, dan konvensi demi menjadikan Parlimen Malaysia Parlimen dunia pertama, yang dianggap oleh rakyat jelata sebagai relevan dan responsive sepenuhnya terhadap harapan dan kekhuatiran, harapan dan kerisauan mereka. 

Banyak lagi tempat yang perlukan pembaharuan dan modenisasi Parlimen. Lapan tahun yang lepas, saya pernah berkata bahawa Parlimen harus memimpin negara dalam segi ICT, dan laman web Parlimen menjadi teladan bukan sahaja kepada orang ramai tetapi juga kepada laman-laman web swasta, dan bukannya satu sarang labah-labah / cobweb yang terunggul sekali! Saya baru terbaca laporan Malaysiakini mengenai kesilapan dan maklumat-maklumat tidak tepat yang tersiar di atas lama web Parlimen, misalnya:Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Ong Ka Ting dihuraikan sebagai ahli dari UMNO, dan Menteri Budaya, Seni dan Warisan Datuk Rais Yatim pula digelar sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri. 

Bagaimanapun, Parlimen kali ini bukanlah langsung tidak berhasil. Pada penghujung sesi pertama Parlimen ke-11 ini, telah ditubuhkan dua Jawatankuasa Pilihan Khas dan tiga okus Parlimen berbagai parti, yang pertamanya, bertujuan memupuk demokrasi di Myanmar, keduanya, meneliti keadaan di Selatan Negeri Thai, dan ketiganya, atas isu hak asasi manusia. 

Saya harap pentas telah disediakan untuk sesi kedua Parlimen ke-11 kita, yang akan bermula pada bulan Mac depan, untuk membina dari momentum yang sedia ada ini dan menubuhkan labih banyak lagi Jawatankuasa-jawatankuasa Pilihan Khas, bukan sahaja terhad pada isu-isu spesifik, tetapi juga untuk menyelia setiap Kementerian yang memang merupakan amalan biasa di Parlimen-parlimen dunia partama, termasuk menubuh semula Kokus Parlimen  untuk menjadi Jawatankuasa Pilihan Khas, samada atas isu Myanmar, Selatan Negeri Thai atau Hak Asasi Manusia dalam kes Malaysia. 

Atas penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara ini, saya sebenarnya merasa serba salah. Saya memang mengalu-alukan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas ini, kerana ianya adalah merupakan salah satu dari dua Jawatankuasa Pilihan Khas yang telah saya cadangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perbincangan kami sebelum Parlimen ke-11 dirasmikan pada 17hb Mei 2004. 

Saya merasa kecewa bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas kedua ini telah mengambil masa tujuh bulan sebelum menjadi kenyataan, sedangkan Jawatankuasa Pilihan Khas yang pertama mengenai Kanun Prosidur Jenayah dan Kanun Keseksaan telah ditubuhkan pada mesyuarat pertama Parlimen ini pertengahan tahun ini. 

Tetapi perasaan serba salah saya mengenai Jawatankuasa Pilihan Khas  kedua ini adalah lebih dari kelambatan tujuh bulan penubuhannya, yang menjejaskan bidang kuasa sebenarnya.  

Walau bagaimana juga, dalam tujuh bulan yang lepas, objektif Jawatankuasa Pilihan Khas iaitu perpaduan nasional dan integrasi, yang akan pertama sekali mengkaji pendapat-pendapat berbeza mengenai soal khidmat negara memandangkan kontroversi yang tercetus, telah berubah dengan drastiknya. Sebagaimana yang tertera dalam usul di depan kita ini, fokusnya adalah atas program khidmat negara, dan dimensi khdmat negara merupakan satu isu kolateral.

Biarlah saya memetik laporan Bernama yang bertarikh 21hb mei 2004 untuk membuktikan hujah saya. Laporan yang bertajuk “Government to Set Up Select Committee on Unity”, berbunyi:

“KUALA LUMPUR, May 21 (Bernama) -- The government will set up a Select Committee comprising Barisan Nasional and opposition Members of Parliament to discuss issues on national unity, Datuk Seri Najib Razak said Friday.

”The deputy prime minister said that this was decided by the cabinet at its meeting last Wednesday after considering the outcome of his recent discussion with Opposision Leader Lim Kit Siang.

"’This committee will be headed by the Barisan Nasional,’" he told reporters after presenting the Utusan Group Literature Prizes 2003 here.

”Najib said that among the topics to be discussed by the committee were the implementation of the National Service and other unity programmes.

"’With the Select Committee, it means that national unity is the responsibility of everyone, he said.

"’They (Select Committee) are free to discuss everything and we are willing to hear any views and specific proposals,’ he said.”
 

Saya tidak akan menolak penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas ini sungguhpun saya tidak  setuju sangat dengan teks usul ini, yang menhadkan skop dan terma-terma bidang kuasanya dari hasrat asal iaitu seluas yang boleh dan khidmat negara dianggap sebagai salah satu subjek yang harus ditangani, dan bertukar kini mejadi program khidmat negara sebab utama keujudannya dan perpaduan negara hanya merupakan isu sampingan yang berkait dengan program khidmat negara. 

Saya bersetuju bahawa adalah penting supaya satu Jawatankuasa Pilihan Khas ditubuhkan untuk memulakan kerja dengan segera, sungguhpun saya menyeru supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri secara seriusnya mempertimbangkan satu pindaan di mesyuarat Parlimen yang akan dating supaya menyelaraskan Jawatankuasa Pilihan Khas ini sejajar dengan onjektif asalnya bahawa ianya menumpun ke atas soal Perpaduan Nasional dan Integrasi, dan program khidmat negara merupakan subjek kajian pertamanya. 

Jawatankuasa Pilihan Khas ini haruslah dikehendaki mengemukakan satu laporan ke Dewan sekurang-kurangnya sekali setahun, dan ianya harus diteruskan sekurang-kurangnya hingga ke akhir Parlimen ini. 

Saya juga menyeru supaya Jawatankuasa Pilihan Khas ini, setelah ditubuhkan, akan menyokong saranan supaya Peguam Negera, Tan Sri Gani Patail, menggantung segala tindakan mendakwa 4,290 belia yang gagal menghadirkan diri untuk program khdmat negara  sehingga Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Perpaduan dan Khidmat Negara selesai menjalankan bidang tugasnya dan mengemukakan laporan keputusan siasatannya ke Parlimen.

(14/12/2004)


* Lim Kit Siang, Ketua Pembangkang Parlimen dan ahli parlimen kawasan Ipoh Timur