Kita mengulang bahawa Kementerin Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan segera menggubalkan formula yang boleh dipakai untuk menangani komplikasi akibat kecuaian pemaju projek perumahan seperti dinding retak dan lantai terbenam Kenyataan Akhbar oleh Dr Tan Seng Giaw (Kuala Lumpur, Selasa): Lebih 10 tahun yang lepas, Bukota Housing Sdn Bhd memajukan Taman Indah Perdana, termasuk rumah-rumah teres. Kemudian, para penduduk mula melihat keretakan dinding dan penenggelaman lantai. Mereka membuat aduan melalui banyak saluran agar pemaju menampakkan kebenarannya. Sekarang, keadaan bertambah buruk. Sebuah keluarga sudah pindah dari rumahnya kerana menganggap ianya tidak selamat. Kenapa pemaju tidak boleh menangani dilema para pembeli dengan wajar? Para penghuni yang terbabit mestilah berikhtiar untuk memperjuangkan hak asasinya. Pemaju membina rumah untuk menjualkan kepada mereka. Ia haruslah bertanggungjawab di dalam banyak aspek. Ia mestilah menjelaskan keengganannya untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pemaju memohon kepada Kementerian untuk mendapat lesen pembangunan atau permit yang serupa. Justeru, pihakberkuasa tempatan seumpama Majlis Perbandaran Selayang meluluskan perintah pembangunan, reka bentuk projek dan sijil kelayakan. Jika pemaju enggan-enggan memikul dengan tepat masalah-masalah semacam lantai tenggelam, Kementerian dan Majlis terpaksa memberitahu awam siapa yang perlu bertanggungjawab darihal ini? (2/11/2004) * Dr Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong |