http://dapmalaysia.org  

Sebagai perhimpunan negara yang dipilih, Parlimen mestilah memperbaiki fungsi kawalan rapi terhadap Kerajaan dengan pembaharuan rangka kini


Kenyataan Akhbar
oleh Dr Tan Seng Giaw

(Bangunan Parlimen,  Jumaat): Malaysia menggelarkan dirinya sebagai dempokrasi berparlimen. Ia merupakan satu bentuk demokrasi perwakilan berasaskan kepada pilihan bebas di antara calon-calon. Ia boleh ditakrifkan seperti sistem demokrasi dengan kerajaan diwujudkan dari Parlimen dan bertanggngjawab kepadanya, berbanding dengan negara-negara yang mempunyai hanya satu parti. 

Di dalam kebebasan Perundangan, Eksekutif dan Badan Kehakiman, kedaulatan berparlimen haruslah diperlihatkan. Kita berkehendakkan pembaharuan untuk memastikan hak Parlimen untuk meluluskan atau memansuhkan segala undang-undang. Tidak ada orang atau badan yang mempunyai hak untuk menolak atau membatalkan undang-undang Parlimen. Hak dan kuasa Parlimen menjangkau ke seluruh Malaysia.

 

Majoriti 91% Barisan Nasional menjadikan sukar bagi Parlimen benar-benar bebas dan kedaulatan berparlimen betul-betul bermakna. Bagaimanapun, untuk masa depan demokrasi berparlimen, kita wajib berikhtiar untuk mencapai pembaharuan Parlimen, tanpa mengira tempoh masa yang panjang dan kesusahan yang amat sangat bagi mencapai matlamatnya.

 

Garis kasar pembaharuan Parlimen adalah termasuk:

 

(1)   Peningkatan ICT di Parlimen, cocok dengan dunia moden.

 

(2)   Pengkajian semula sistem pengambilan kakitangan dan pentadbiran Parlimen.

 

(3)   Pengambilan kakitangan untuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC).

 

(4)   Jawatankuasa-jawatankuasa pilihan. Menambah peranannya. Asas berpartisan. Sumber kakitangan dan penyelidikan yang lebih baik. Kaji undang-undang yang bakal dibentangkan dengan lebih awal. Lebih baik maklumat mengenai rang undang-undang dan hal-hal kewangan kerajaan. Mengatasi sumber yang tak cukup dan kekurangan kemudahan termasuk kesetiausahaan.

 

(5)   Jadual waktu untuk rang undang-undang, perbahasan bajet dan usul. 

 

(6) Penyiaran Parlimen dan jawatankuasa-jawatankuasanya di televisyen.

    

(7) Kemudahan-kemudahan untuk ahli-ahli.

 

(8) Peruntukan yang bererti untuk Parlimen, dengan keberkesanan kos bagi para pembayar cukai.

(12/11/2004)


* Dr Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong