http://dapmalaysia.org  

Seorang Yang di-Pertua (Speaker) mestilah menegakkan keadilan (tidak berat sebelah) untuk mewujudkan keteraturan (ketenangan) ketika perbahasan di Parlimen


Kenyataan 
oleh
Dr Tan Seng Giaw

(Kuala Lumpur,  Sabtu): Speaker Dewan Rakyat merupakan seorang pengerusi badan yang terunggul di negara ini. Beliau perlu memastikan institusi ini berjalan dengan baik, berkesan dan adil. Beliau adalah benar-benar tidak berat sebelah. Hari ini, saya akan menyentuh sikap Speaker yang tidak berat sebelah dan nilai dan pandangan hidup M+++. M melambangkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) masyarakat ICT di dalam dunia sejagat (globalized) dan majmuk. 

Sebagai Pengerusi kepada 218 ahli, Speaker haruslah mempunyai pengetahuan yang luas dan pengalaman yang banyak sebagai ahli. Seorang ahli veteran dari mana-mana partipun, mempunyai pengalaman banyak tahun. Setelah dipilih, beliau wajib memelihara tradisi tidak berat sebelah jawatan speaker. Beliau patut melepaskan kesetiaan kepada partinya, dan menjadi benar-benar bebas.

 

Untuk memenuhi keperluan moden, seorang Speaker mestilah merupakan seorang ahli dengan kawasan sendiri. Kalau tidak, macam mana beliau tahu keadaan sebenarnya ahli beroperasi? Di England, Speaker adalah diwajibkan bertanding semasa pilihanraya umum jika beliau mahu kekalkan jawatannya. Beliau bertanding sebagai ‘Tuan Speaker hendak dipilih semula’. Tidak ada sesiapa akan mencabarnya.                                                             

 

Selain daripada keadilan, Speaker harus memperolehi nilai dan pandangan M+++. Beliau patut mempunyai nilai kebudayaan berbilang kaum, termasuk nilai sejagat. Beliau hendaklah memegang kepada akar umbi budaya sendiri, bahkan juga menghormati dan menerapkan nilai budaya unggul kaum-kaum lain, tanpa diskriminasi dan perasaan meninggi diri. M melambangkan dunia ICT Malaysia. (1)+ menandakan akar budaya sendiri;(2)+ menunjukkan penghormatan dan penerapan nilai budaya kaum-kaum lain;(3)+ melambangkan pengetahuan ICT termasuk kemahiran di dalam komputer dan Internet.

 

Dengan nilai M+++ dan kebiasaan Internet dan aspek-aspek ICT yang lain, beliau haruslah berada di barisan depan. Misalnya, pada tempoh hari, Dewan memasangkan kemudahan broadband dan wireless untuk Internet. Tetapi, tidak ramai ahli menggunakan kemudahan ini. 

(13/11/2004)


* Dr Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong