Perancangan KL dan stinggan KL Linear City
Ucapan
oleh Teresa Kok
(Dewan Rakyat,
Isnin):
Datuk Pengerusi, saya ingin merujuk kepada butiran 020000 Bahagian
Kemajuan Wilaya dan Lembah Klang.
Kuala Lumpur sebagai ibu negara yang mempunyai penduduk yang padat penuh
dengan masalah. Kalau kami
wakil rakyat Kuala Lumpur diberi masa untuk menyenaraikan masalah-masalah
ini, kami mungkin perlu diberi masa sekurang-kurangnya satu jam untuk
membentangkan kesemua rintihan dan isu rakyat ini:
Laporan DBKL
Saya ingin tanya, apakah kementerian mempunyai perancangan yang terperinci
terhadap Kuala Lumpur dan
akauntabiliti DBKL. Laporan DBKL tahun 1999 baru dibentangkan dalam sidang
Parlimen ini. Soalannya
ialah: di manakah laporan DBKL tahun 2000 hingga 2003? Kenapakah laporan
DBKL dibentangkan lewat selama 4 tahun?
Selain itu, saya dijemput menghadiri majlis pengumuman Pelan Struktur Kuala
Lumpur 2020 pada beberapa minggu lepas. Anihnya, kesemua wartawan diberi
senaskah Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 tetapi wakil rakyat yang hadir
tidak diberi senaskah langsung. Bila kami minta daripada pegawai DBKL,
mereka kata mereka tidak terima arahan untuk memberi Pelan Struktur Kuala
Lumpur tersebut kepada Ahli Parlimen, maksudnya kami perlu membelinya
daripada DBKL. Kenapakah kedudukan wakil rakyat Kuala Lumpur lebih rendah
daripada wartawan?
Begitu juga dengan bajet DBKL setiap tahun selepas Datuk Bandar mengumumkan
bajetnya kepada media, kita
wakil rakyat tidak diberi bajet DBKL pada hari yang sama, tetapi selalunya
kami menerimanya beberapa hari
selepas pengumuman, manakala kami selalu diminta oleh pihak media untuk
memberi komen selepas bajet
diumumkan. Apakah ini layanan DBKL terhadap wakil rakyat Kuala Lumpur, di
mana kami diberikan maklumat
lebih lewat daripada pemberita dari segi maklumat dan laporan?
Perancangan Kuala Lumpur
Datuk Pengerusi, saya juga ingin tanya kepada Menteri, apakah prioriti dan
pertimbangan DBKL semasa membuat perancangan bandar ini? Draf Pelan
Struktur Kuala Lumpur menyatakan bahawa kerajaan akan membina lebih
kondominium ataupun projek perumahan di pusat Bandar sebagai langkah untuk
meredakan kesesakan trafik. Tetapi sekiranya kita melihat projek-projek
perumahan yang tengah dibina sekarang, kebanyakannya adalah Service
Apartment yang mahal yang biasanya diduduk oleh orang yang berada di Kuala
Lumpur secara sementara sahaja. Apakah ini cara kerajaan memberi perumahan
yang mampu dibeli ataupun “affordable housing” kepada para penduduk di Kuala
Lumpur, dan apakah ini akan mengurangkan kesesakan jalanraya di Kuala
Lumpur?
Selain itu, kerajaan telah banyak kali berkata ia ingin mencapai Setinggan
Sifar pada tahun 2005, tetapi
kerajaan masih tidak membina rumah pangsa kos rendah yang cukup untuk
menangani masalah kekurangan
perumahan kepada golongan yang papa-miskin, tetapi DBKL nampaknya lebih
berminat untuk meluluskan
pembinaan rumah yang mewah untuk golongan kaya-raya daripada membina rumah
kos rendah kepada golongan
miskin.
Selain itu, apakah sebabnya DBKL membenarkan begitu banyak service apartment
dibina di Mid Valley yang
selalu berlakunya kesesakan trafik, dan juga kenapakah DBKL meluluskan
begitu banyak kondominium dan rumah di Taman Desa yang telah begitu padat
kependudukannya, memandangkan kawasan itu tiada stesyen LRT dan tiada
perkhidmatan bas dan teksi yang tetap, bukankah kelulusan projek perumahan
ini akan memburukkan
kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur? Tambahan lagi, kesemua projek
perumahan yang baru ini tidak wujud
dalam Development Order asal Taman Desa.
Setinggan KL Linear City
Sehubungan dengan itu, saya juga merasa amat kesal bahawa kerajaan, pihak
EPU dan pihak DBKL tidak
menunaikan janji yang dibuat kepada setinggan Projek KL Linear City.
Sebanyak 200 keluarga setinggan ini
telahpun diberi satu surat jaminan daripada DBKL bahawa kerajaan akan
membina rumah pangsa kos rendah
dan dijual kepada mereka dengan harga RM 42,000 pada tahun lepas, tetapi
janji ini masih belum ditunaikan
pada hari ini, manakala mereka sekarang diminta untuk menyewa rumah pangsa
kos rendah daripada DBKL sahaja. Apakah ini cara EPU dan DBKL melayan
golongan yang menjadi mangsa kepada projek kerajaan yang
terbengkalai? Di sini, saya ingin merayu YB Menteri yang mendapat undi yang
paling tinggi dalam pertandingan kerusi Naib Presiden di UMNO ini, juga
menunjukkan kuasa dan pengaruhnya dalam isu ketidakadilan dan rintihan
setinggan KL Linear City ini.
Projek Usahasama DBKL dengan Pemaju Swasta
Datuk Pengerusi, saya ingin menyeru pihak Menteri supaya meneliti kesemua
projek usaha sama di antara DBKL dengan pemaju swasta, samada pemaju
projek-projek ini mengikuti peraturan perumahan dan kerajaan tempatan,
kerana saya rasa sangat hairan untuk melihat banyak projek perumahan
usahasama DBKL dan swasta
tidak mematuhi peraturan perumahan dan kerajaan tempatan, iaitu pihak
berkenaan tidak memohon hak milik strata. Contoh yang paling nyata adalah
Kondominium Danau Impian, yang diusahakan oleh Faber Union dengan DBKL,
pihak pemaju tidak memohon hak milik strata selepas ia diduduki oleh pembeli
rumah lebih daripada 7 tahun.
Hubungan di antara Datuk Bandar dan Ketua Pengarah DBKL
Datuk Pengerusi, saya juga ingin tanya, apakah kriteria perlantikan Datuk
Bandar Kuala Lumpur? Apakah tempoh jawatan Datuk Bandar sekarang akan
dilanjutkan setahun lagi? Saya merasa amat kurang senang hati
untuk melihat keretakan yang wujud di kalangan pemegang jawatan tinggi di
DBKL sekarang, di mana perselisihan di antara Datuk Bandar dan Ketua
Pengarah DBKL telah tersebar sehingga mempengaruhi pentadbiran DBKL di mana
pegawai DBKL dibahagikan kepada puak Datuk Bandar dan puak Ketua Pengarah.
Dalam rombakan pemegang jawatan tinggi beberapa bulan yang lepas, ramai
penyokong Ketua Pengarah diketepikan manakala mereka yang rapat dengan Datuk
Bandar dinaikkan pangkat.
Saya tidak mempunyai masalah dengan siapa akan dilantik sebagai Datuk Bandar
sekarang, tetapi saya
berpendapat Ketua Pengarah seharusnya diberi kuasa dan peranan yang sewajar
dan kedudukan beliau seharusnya dihormati oleh Datuk Bandar. Saya menyeru YB
Menteri supaya meneliti keretakan dan perselisihan di kalangan pegawai kanan
DBKL yang amat tidak sihat dan ‘demoralizing’ sekarang dan menangani masalah
ini
dengan segera. Saya juga menyeru Datuk Bandar meluangkan lebih masa untuk
berjumpa dengan ahli-ahli
Parlimen Kuala Lumpur secara tetap, Datuk Bandar seharusnya menganggap wakil
rakyat di Kuala Lumpur
sebagai teman ataupun “partner”nya untuk membangunkan Kuala Lumpur dan bukan
mementingkan golongan pemaju sahaja. Saya juga menyeru Datuk Bandar belajar
daripada YB Menteri Wilayah Persekutuan untuk bermesra dengan wakil rakyat
Kuala Lumpur.
Korupsi Lain Jenis di Jabatan Pengangkutan DBKL
Datuk Pengerusi, saya ingin menyeru pihak BPR dan YB Menteri supaya memberi
perhatian kepada masalah
ketidakcekapan dan bentuk korupsi yang berlaku di jabatan pengangkutan DBKL
dari segi penggunaan
material yang mahal dan kurang wajar.
Contoh 1: Di Jalan Leong Yew Koh di Taman Tun Dr Ismail, kontraktor DBKL
menggunakan Granite Kerb yang berharga RM540 satu meter untuk membuat
pembahagian ataupun “divider” di jalan tersebut, manakala
pembahagian jalan ini biasanya dibuat dengan concrete kerb yang berharga
RM26. Apakah rasional DBKL
menggunakan material seperti granite kerb yang bernilai 20 kali lebih tinggi
daripada Concrete Kerb?
Contoh 2: Penggunaan Fibre Reinforce Plastic (FRB) railing yang berharga
RM485 se meter untuk
menggantikan railing keluli yang berharga RM98 satu meter. Mungkin pihak
berkenaan akan menggunakan alasan bahawa railing keluli selalu dicuri orang,
tetapi walau bagaimanapun, ia tidak menjustifikasikan
penggunaan FRB railing yang begitu mahal untuk menggantikan railing keluli.
Datuk Pengerusi, sebenarnya ada banyak lagi kes ketidaktetapan yang
berlaku di Jabatan Pengangkutan DBKL dan ia memang diketahui oleh ramai
pegawai DBKL dan juga kontraktor, tetapi malangnya, pihak berkuasa DBKL dan
BPR nampaknya masih tidak berminat terhadap banyak ketidaktetapan di jabatan
ini dan tidak ada
tindakan diambil terhadap pengarah dan pegawai kanan jabatan ini. Diharap YB
Menteri boleh mengambil berat
tentang korupsi berbentuk alternative tersebut.
(22/11/2004)
* Teresa Kok, Ahli
Parlimen Seputeh
|