Adalah perlu bagi Perdana Menteri mengkaji sistem empowerment (memberi kuasa yang sebenar kepada sesuatu agensi), dari Unit Perancang Ekonomi, Perbendaharaan ke Jabatan Kerja Awam, supaya agensi yang mengawalselia projek dapat berbuat demikian dengan berkesan Kenyataan oleh Dr Tan Seng Giaw (Kuala Lumpur, Ahad): PM berkata: “Ya, saya tidak gembira mendengar banyak aduan yang didengar pada masa ini antaranya ada yang sudah rosak, tentu ada yang tidak kena.” Sejak bermula rancangan penswastaan pada 1983, ada projek yang boleh dianggap berjaya dan ada yang gagal seperti Perwaja, Indah Water Konsortium, makmal computer sekolah dan banyak sekolah yang siap pada 2000 tidak memperoleh sijil kelayakan mendiami.
Sekarang, yang menimbulkan ketidakpuasan adalah termasuk keruntuhan tanah di Gua Tempurung tiga kali (menjadi Gua Runtuh), Lebuhraya Pantai Timur yang legak-legok, Hospital Pandan berkulat , Johor Baru dan Jambatan Bertingkat Kepong (Lingkaran Tengah 2, MRR2) yang retak. Kita berharap Samy dapat mencari sebab-musabab kejadian-kejadian tersebut.
YAB patutlah mengkaji semula sistem empowerment dari Unit Perancang Ekonomi, Perbendaharaan kepada JKR, termasuk kuasa melulus sijil siapnya kerja, perlantikan pemegang konsesi, kontraktor dan jurutera reka bentuk. Jika Perbendaharaan meluluskan projek dan melantikkan kontraktor dan jurutera reka bentuk serta JKR mengawasi projek pada zahir sahaja, siapa yang akan bertanggungjawab apabila berlakunya keretakan, keruntuhan dan bencana yang lain?
(17/10/2004) * Dr Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong |