http://dapmalaysia.org  

Menyeru Perdana Menteri meningkatkan usaha untuk menangani ketidaksaksamaan gender


Ucapan
oleh
Chong Eng

(Dewan Rakyat, Tuesday): Ucapan-ucapan Dato seri Abdullah Badawi, semasa beliau menjawab jawatan Timbalan Perdana Menteri, pada hari wanita memberi gambaran bahawa belaiu adalah seorang peminpin yang peka kepada isu dan cabaran yang menghadapi kaum wanita dalam Negara ini.

Pada Hari Wanita 2000, beliau berkata,:”All forms of discrimination on women, especially sexual, must be eradicated if the country is to achieve the objective of vision 2020.”

Beliau juga berkata: The government is committed to women’s struggle and is willing to work with women’s organizations nationwide to put an end permanently to all discriminatory practices against them.”

Pada Summit Hari Wanita tahun 2003, beliau mengatakan kerajaan akan melalui kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga berusaha membasmikan diskriminasi gender, supaya kaum wanita akan menikmati layanan dan peluang yang sama dengan kaum lelaki.

Jadi, dengan ucapan-ucapan bagitu merangsangkan pada tahun-tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, kami kaum wanita mempunyai harapan yang tinggi terhadap beliau apabila beliau menjadi “kakitangan kerajaan no 1” dan sangaqt mengharap ucapan bajet pertama beliau tidak lupa menyebut komitmen beliau untuk membasmikan ketidaksaksamaan gender dan memberitahu lebih kurang 12 juta penduduk wanita Negara ini pelan tindakan beliau untuk meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam semua bidang, khasnya diperingkat membuat keputusan.

Perwakilan wanita yang rendah dalam peringkat membuat keputusan dipandang sebagai satu diskriminasi gender yang harus di basmikan oleh kerajaan-kerajaan yang telah menangani Konvensyen Membasmikan semua bentuk
diskriminasi terhadap kaum wanita pada tahun 1985. Malaysia adalah salah satu kerajaan yang telah menangani konvesyen ini. Konferen Wanita Sedunia ke-4 di Bejing memutuskan kerajaan-kerajaan yang bersetuju dengan 11 pelan tindakan harus berusaha untuk mencapaii sasaran sekurang-kurangnya 30%  pembuat keputusan terdiri daripada kaum wanita pada tahun 2005. Sasaran minimum 30% wanita dalam semua peringkat membuat keputusan adalah sebagai langkah “affirmative” untuk memperbanyakkan suara wanita untuk mengaruh keputusan dan membentuk dasar pembangunan masyarakat dan nagara. Penyertaan wanita dalam membuat keputusan adalah penting untuk menghasilkan keputusan dan dasar yang gender sensitive, yang telah menimbangkan keperluan yang berbeza diantara kaum wanita dan lelaki.

Saya ingin memberi satu contoh untuk menunjukkan keputusan yang dibuat tanpa mempertimbangkan perspetif wanita. Pada 2-3 tahun yang lalu, ketua menteri Perlis mengumumkan satu keputusan yang “kontrovesy” mengenai
pendaftaran perkhawinan lelaki dengan isteri kedua boleh dijalankan tanpa keizinan isteri pertama, di Perlis. Saya sangat pasti sekiranya pandangan kaum wanita adalah dirujuk semasa membuat keputusan ini, saya rasa ia akan
menghasilkan keputusan yang berlainan. Orang-orang yang menghormati institusi perkhawinan dan keluarga tidak akan setuju dengan keputusan kerajaan Perlis ini.

Satu lagi contoh, ini berkenaan isu poligami, yang dibenarkan oleh agama Islam.Kawan-kawan wanita Melayu beragama Islam meminta saya membawa isu ini. Mereka mengatakan walaupun Islam membenarkan lelaki berkhawin empat, tetapi bukan tanpa syarat. Boleh khawin empat tetapi ada syaratnya. Syaratnya ialah suami mesti mampu menangbung kehidupan semua isteri dan lebih penting lagi, beliau mesti dapat memberi layanan dan kasih saying yang sama kepada isteri-isteri. Saya difahami kerajaan samapi hari ini tidak mengenakan syarqt-syarat ini kepada suami-suami yang ingin berpoligami. Sekali lagi saya sangat pasti kaum wanita hendak kerajaan mengenakan syarat-syarat ini semasa menimbang pemohonan untuk berpoligami.

Amalan poligami tanpa mengenakan syarat akan timbul banyak masalah keluarga dan social. Isteri-isteri dan anak-anak yang tidak diberi nafkah terpaksa mencari jalan untuk terus menghidup. Ada diantaranya terpaksa mencari
rezeki yang tidak halal atau dipandang sebagai kurang bermoral, seperti PRO dan pelacur.

Saya menggunakan dua contoh ini untuk menunjukkan keputusan-keputusan dibuat tanpa pandangan dan penyertaan wanita boleh memudaratkan kedudukan wanita dan keluarga, dan mungkin juga menjadi sebab akar masalah social. Akhirnya ia menrugikan semua pihak.

Oleh yang demikian, meningkatkan penyertaan wanita dalam semua peringkat membuat keputusan adalah sangat penting untuk menghasilkan keputusan yang lebih sempurna, lebih gender sensitive, lebih mesra wanita dan keluarga. Dalam konteks ini, saya merasa kecewa dengan ucapan YAB Perdana Menteri kerana tidak menyebut komitmen beliau dan kerajaan BN untuk meninkatkan kadar penyertaan wanita dalam membuat keputusan disemua peringkat.

Pada Hari Wanita tahun ini, beliau berkata kerajaan akan memberi peluang kepada waqnita untuk memenuhi 30% diperingkat membuat keputusan, tetapi tidak menetapkan tempoh masa untuk mencapaii matalamat ini. Saya rasa untuk menunjukkan komitmen yang lebih serius, kerajaan perlu menetapkan tempoh masa untuk mencapaii sawsaran minimum ini selain mmenyebut sasaran untuk tahun 2005 dalam ucapan bajetnya.Kadar penyertaan wanita dalam peringkat membuat keputusan merupakan salah satu indicator untuk mengukur tahap kesaksamaan gender. Saya berpendapat adalah wajar kerajaan bn yang diterajui YAB perdana menteri memberi tahu dewan yang mulia ini samada pelan tindakan yang kontrek samada berjangka pendek atau panjang, telah dirangka untuk mencapaii matalamat ini. Saya dengan hormatnya ingin mengingatkan YAB perdana menteri bahawa sasaran atau
matalamat tidak akan tercapai dengan bercakap-cakap sahaja. Matalatma hanya akan bercapai melalui perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang baik, dengan penyertaan wanita dan juga pakar-pakar dalam bidang “gender mainstreaming”.

Politik Negara ini telah masuk satu era baru dengan penukaran peminpin tertinggi dalam kerajaan. Sekarang kita telah masuk era Abdullah Badawi Sumber tenaga dan minda wanita selama ini kurang diguna pakai

 (20/9/2004)


* Chong Eng, Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Timbalan Setiausaha Agong DAP merangkap Ketua Wanita DAP