| 
           
          
          Membasmikan gangguan seksual di dalam dan diluar Dewan Rakyat 
           
 
          Ucapan
           
          - Perbahasan Baget 2005 
          oleh Chong Eng 
    (Dewan Rakyat, 
    Tuesday):
    Pada 
    pilihanraya umum ke 10 tahun 1999, pengundi untuk pertama kali memilik 4 
    orang wanita dari parti pembangkang sebagai wakil mereka dalam dewan yang 
    mulia ini. Iaitu tiga dari DAP dan seorang lagi dari Parti Keadilan.
    Kehadiran ahli parlimen dari pihak pembangkang telah 
    menyaksikan beberapa 
    perubahan. 
     
    Pengubahan pertama ialah isu 
    wanita menjadi semakin kerap dibahas di dalam dewan yang mulia ini. Kita 
    juga melihat  kerajaan BN menjadi lebih
    responsive dengan mewujudkan Kementerian Pembangunan 
    Wanita dan Keluarga dengan tujuan untuk 
    membasmikan ketidaksaksamaan diantara kaum wanita dan 
    lelaki. Ahli parlimen dari 
    parti kerajaan dan juga pembangkang telah
    menyokong pindaan kepada Perkara 8(2) Perlembagaan 
    untuk menghalang discriminasi berasakan 
    jantina. Ini merupakan perubahan positif selaras 
    dengan kehendak masa. 
     
    Dewan yang mulia ini juga telah banyak kali
    menyaksikan kejadian-kejadian yang kurang seronok, 
    yang mencemarkan nama baik Dewan, dimana 
    segelinteh ahli parlimen back benchers, ada kala juga
    termasuk seorang, dua atau tiga orang timbalan 
    menteri, menteri dan 
    setiausaha parlimen yang kurang gender sensitive, 
    menggunakan bahasa yang kurang sopan, yang berkonotasi seksual, terhadap 
    ahli yang berhormat wanita
    dari parti pembangkang. 
     
    Sekiranya kejadian-kejadian ini 
    berlaku di tempat kerja swasta, ahli-ahli yang berhormat ini akan dianggap 
    telah melanggari Kod Amalan Mencegah
    Gangguan Seksual yang dikenali oleh Kementerian 
    Sumber Manusia pada tahun 1999. 
    Malang untuk ahli 
    parlimen wanita kerana maruah mereka tidak 
    
    dilingdungi dalam parlimen kerana Kod amalan ini tidak terpakai dalam Dewan 
    yang Mulia. Semua ini mencerminkan satu masalah yang seriousn iaitu, kalau 
    ahli parlimen wanita pun mengalami gangguan yang tidak diingini diDewan yang 
    mulia ini, tentulah masalah  ini lebih meleluasa di tempat-tempat kerja. 
     
    Pertubuhan wanita bukan 
    kerajaan, termasuk 
    Women Center for Change (WCC), 
    All 
    Women Action Malaysia (AWAM), Women Aid Organisation (WAO), Women 
    Development Collective (WDC), Sisters in Islam dan Sahabat Wanita telah
    menyampaikan satu Rang Undang-Undang Anti gangguan 
    Seksual kepada kerajaan 
    pada tahun 2001. Malangnya sampai hari ini kementerian 
    yang berkenaan masih
    belum mengambil tindakan susulan untuk membawa Rang 
    Undang-undang ini ke Dewan yang mulia ini 
    untuk dibahas dan diluluskan. 
     
    Sementara waktu ini, Menteri 
    Sumber Manusia baru-baru ini mengatakan bahawa kementerian akan  meminda 
    Akta Pekerja mepaksa syarikat-syarikat menggaji
    seorang pegawai untuk mengenalikan kes-kes gangguan 
    seksual yang berlaku dalam syarikat. 
    
    DAP dan NGO-NGO wanita tidak 
    setuju dengan cadangan menteri kerana akta Pekerja hanya melindungi 
    pekerja-pekerja yang gaji bulanan kurang daripada
    seribu 
    lima ratus ringgit. Ini bererti pekerja-pekerja 
    yang gajinya lebih
    daripada angka ini, samada wanita ataupun lelaki,  tidak 
    akan dilindungi 
    oleh akta ini. Malahan, akta ini tidak melindungi pekerja-pekerja disektor
    awam, dimana gejala gangguan seksual juga berlaku, 
    seperti di Dewan yang 
    Mulia ini. 
     
    Saya rasa semua ahli yang 
    berhormat dalam dewan ini dan juga berjuta-juta pengundi di luar dewan ini 
    akan bersetuju bahawa kelakuan gangguan seksual
    ini bukan satu kelakuan yang baik dan patut 
    diharamkan. Kementerian dan kerajaan harus 
    bertindak untuk memberi perlindungan kepada rakyat kita, 
    khasnya dignity kaum wanita 
    Negara ini. Jadi saya menyeru Perdana Menteri mengarahkan menteri-menteri 
    yang berkenaan untuk mengambil tindakan yang wajar. Saya juga menyeru kepada 
    ahli-ahli yang berhormat, samada lelaki atau wanita, tidak kira dari parti 
    yang mana, yang tidak sokong kelakuan gangguan seksual ini, secara terbuka 
    mengutuk ahli-ahli serakan mereka yang
    melakukan kelakuan yang kurang seronok didalam Dewan 
    yang mulia ini. Ini 
    adalah salah satu isu dimana kita harus menepikan 
    semua perbezaan demi
    menjaga nama baik Dewan yang mulia ini serta 
    memastikan kita sebagai wakil rakyat dapat 
    menujukkan taudalan yang baik. 
          
           (20/9/2004) 
           
     
    * Chong Eng, Ahli 
    Parlimen Bukit Mertajam, Timbalan Setiausaha Agong DAP merangkap Ketua 
    Wanita DAP 
     |