http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Memorandum daripada Wakil Rakyat Negeri Pulau Pinang Berkenaan Masalah Jerebu


Memorandum kepada Konsular Indonesia Pulau Pinang
Diketuai Chow Kon Yew

(Pulau Pinang, Isnin):


His Excellency

Consul-General                                                                         15hb Ogos 2005

Indonesian Consulate                                                                 Serahan Tangan        

Pulau Pinang

 

 

Yang Berbahagia Tuan,

 

Memorandum daripada Wakil Rakyat Negeri Pulau Pinang Berkenaan Masalah Jerebu

Kami wakil-wakil rakyat dari Parti Tindakan Demokratik Negeri Pulau Pinang, ingin mengemukakan memorandum ini kepada Yang Berbahagia dengan tujuan menyampaikan bantahan dan keprihatian rakyat di negeri ini berkenaan masalah jerebu yang membawa pelbagai kesan kepada negeri dan rakyat kami.

 

Kami ingin menyatakan bahawa masalah jerebu telah membawa impak negatif kepada ekonomi negeri ini dan menjejaskan produktiviti sector perindustrian, pelancongan, pertanian, perikanan dan aktiviti komersial yang lain.

 

Kami juga ingin menyampaikan keprihatian rakyat ke atas impak jerebu kepada kesihatan dan kesejahteraan rakyat kami di seluruh negeri Pulau Pinang dan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia.

 

Kami menuntut pihak pemerintahan Negara Indonesia mengatasi masalah jerebu yang melanda negeri kami hampir setiap tahun dan pada kali ini kesannya amatlah membimbangkan.

 

Kami memandang berat bahawa ada dakwaan ke atas syarikat perladangan milikan Malaysia bertanggungjawab atas membakar ladang-ladang yang mencetuskan masalah jerebu.

 

Kami menuntut tindakan perundangan dan penguatkuasaan diambil oleh Pemerintah Indonesia untuk menghukum pihak-pihak yang terbabit.

 

Kami menegaskan bahawa kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia perlu bekerjasama untuk mengatasi masalah jerebu yang melanda setiap tahun.

 

Kami berharap Yang Berbahagia akan dapat menyampaikan keprihatian rakyat Pulau Pinang ke atas masalah jerebu kepada Pihak Pemerintah Negara Indonesia agar tindakan tegas boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.

Kami menaruh harapan penuh ke atas pihak Yang  Berbahagia untuk mengambil maklum tentang masalah yang kami hadapi.

 

 

Perhatian Yang Berbahagia amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

Yang benar,

 

 

 

-------------------                    ----------------                        --------------------

Chow Kon Yeow                     Chong Eng                              Lim Hock Seng

Ahli Parlimen                            Ahli Parlimen                            Ahli Parlimen

Tanjong                                    Bukit Mertajam                        Bagan

 

 

 

------------------                                 ------------------

Phee Boon Poh                                   Law Heng Kiang

Ahli Dewan Undangan Negeri               Pembantu Khas Ahli Parlimen

Sungei Puyu                                          Bukit Gelugor                                          

                                                                       

(15/8/2005)


* Chow Kon Yew, Naib Pengerusi Parti DAP dan Ahli Parlimen Bagi Kawasan Tanjong

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: