http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Memorandum Mengenai Isu Perpaduan Nasional Kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Perpaduan dan Khidmat Negara


Memorandum
Oleh Jawatan Kuasa Perhubungan DAP Negeri Johor

(Johor, Khamis):

Jawatan Kuasa Perhubungan Negeri Johor

   

73A, Jln Seri Orkid 17, Taman Seri Orkid, 81300 Skudai, Johor.

Tel & Faks :  607 – 512 7652

 

Kepada,

Yang Di-Pertua

Jawatankuasa Pilihan Khas Perpaduan dan Khidmat Negara

Parlimen Malaysia,

Bangunan Parlimen,                                                                       8 September 2005

Jalan Parlimen,                                                                              Dengan Tangan

50680 Kuala Lumpur.                                                             

 

Tuan/Puan Yang Berhormat,

 

MEMORANDUM MENGENAI ISU PERPADUAN NASIONAL

Pendahuluan

 

Negara kita telah mencapai kemerdekaan hampir setengah abad, namun perpaduan rakyat dan persefahaman antara kaum dan pelbagai lapisan maysarakat  masih berada pada tahap yang lemah. Kelemahan dalam Perlemabagaan Negara dan Negeri-Negeri, sistem pentadbiran awam bersifat pseudo-democracy atau demokrasi palsu dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan, agama dan sosiobudaya yang digubal oleh pihak kerajaan Barisan Nasional yang memerintah selama-lama ini sewajarnya  bertanggungjawab sepenuhnya kepada masalah ini.

 

Perselisihan faham antara kaum atau segregasi ‘dinding kaca’ (Glass wall segregation) semakin   serius sejak kemerdekaan, ini disebabkan layanan yang berbeza diberikan mengikut keturunan, kaum, parti politik, latar belakang sosioekonomi  dan agama mengakibatkan timbulnya polarisasi di antara rakyat jelata menurut perbezaan suku kaum dan kelas sosioekonomi disebabkan tidak dapat menikmati hak yang saksama sebaliknya golongan istimewa yang  membolotkan  hak sosioekonomi sebagai kuasa keistimewaan golongan berkuasa.

 

Ketidakseimbagan kuasa poltik, socioekonomi, budaya, agama dan lain-lain telah menanam krisis tersembunyi yang akan mencetuskan keruntuhan tata masyarakat jika proses mengembalikan kuasa kepada rakyat jelata atau people’s empowerment tidak dilaksanakan dalam semua bidang termasuk ekonomi, pendidikan, agama dan sosiobudaya
 

Punca-punca Masalah dan Penyelesaian

 

1. Kelemahan Perlembagaan dan Polarisasi Politik 

 

1.1        Usaha menggubalkan  Perlembagaan Persekutuan 1957  oleh Suruhanjaya Reid tidak menglibatkan parti-parti politik keseluruhan kecuali UMNO, MCA dan MIC. Oleh yang demikian, Perlembagaan Persekutuan digubalkan menurut konsep ‘kongsi kuasa’ di antara UMNO, MCA dan MIC yang berasaskan kepentingan suku kaum masing-masing. Fenomena ini adalah disifatkan oleh pengkritik Apartheid sebagai Separate Nationalisms atau Nasionalisme Bertentangan di sebuah negara pelbagai kaum;

 

1.2        Perlembagaan Persekutuan kekurangan konsep kongsi kuasa dan kekayan di antara semua kaum dan lapisan masyarakat tanpa mengira keturunan, agama, kaum, dan asal-usul seseorang warga negara;

 

1.3        Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan yang menyebelahi suku kaum yang dominan dan majoriti dari segi agama dan sosio-budaya sahaja;

 

1.4        Hak-hak asasi manusia terhakis disebabkan Parlimen yang dikuasai oleh Barisan Nasional selama-lama ini telah meminda Perlembagaan lebih daripada 40 kali sejak Kemerdekaan. Oleh itu, kebebasan bersuara, berhimpun, berpersatuan, berpendidikan dan kebebasan kehakiman dari kuasa politik telah lenyap disebabkan Perlembagaan yang tidak memupuk toleransi bersuara dan berbincang berkenaan isu perpaduan negara;

 

1.5        Perlembagan Persekutuan salah taksirkan hak-hak asasi termasuk hak sosio-ekonomi, pendidikan dan politik  sebagai hak istimewa.

 

1.6        Perlembagan Negeri-negeri yang melarang warga bukan Islam, bukan Melayu atau bukan Bumiputera menjadi Menteri Besar negeri-negeri berkenaan termasuk Negeri Johor telah meneladani rejim Apartheid yang mendiskriminasikan warga negara sebab asal-usul atau suku kaum mereka;

 

Penyelesaian: Memupuk Semangat Perlembagaan Terbaru

 

1.1    Menubuhkan Suruhanjaya Reformasi Perlembagaan yang menglibatkan semua parti politik dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan supaya memulih semangat demokrasi berperlembagaan dengan memastikan hak-hak asasi seumpamanya kebebasan bersuara, berhimpun, berpersatuan, berpendidikan dan kebebasan kehakiman dari kuasa politik dilindungi di bawah Perlembagaan serta dikawal dari hakisan kuasa politik seperti yang berlaku selama ini;

1.2    Mengenal pastikan keperluan mengkaji semula Perlembagan Malaysia yang kuno yang terdapat ciri-ciri yang menyanjungi keagungan dan dominasi  mana-mana kaum atau race supremacy and dominance yang disifatkan sebagai neo-apartheid;

1.3    Memaktudkan dalam Perlembagan supaya semua parti berasaskan nationalism suku kaum diharam sekaligus supaya mewujudkan Bangsa Malaysia dan tidak ada lain “bangsa-bangsa” dalam Malaysia;

1.4    Meneladani Perlembagaan  Afrika Selatan selepas keruntuhan Rejim Apartheid yang mengangdungi  ciri-ciri berikut:

1.4.1        Hak-hak manusia asasi termaktud dalam perlembagaan supaya tidak dihakis oleh mana-mana kerajaan serta memperbadankan Konvensyen Hak-Hak Manusia Asasi Bangsa-bangsa Bersatu dan Konvensyen Hak-Hak Asasi Manusia  Eropah;

1.4.2        Untuk menghapuskan dominasi sosio-budaya sesuatu kaum semasa Rejim Apartheid, Perlembagaan Afrika Selatan mengiktiraf sebanyak sebelas jenis bahasa rasmi jika berbanding dengan dua bahasa rasmi iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Afrikaans semasa Rejim Apartheid; Melihat hakikat masyarakat Malaysia yang semajmuk masyarakat Afrika Selatan, adalah dicadangkan lebih bahasa penduduk tempatan ditaksir sebagai bahasa rasmi selain daripada Bahasa Melayu, misalnya Bahasa Kadazan, Bahasa Iban, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dan lain-lain;

1.4.3        Mewujudkan masyarakat demokratik yang menegaskan tanggung jawab warga negara yang saksama dan  hak-hak asasi yang saksama tanpa kira kaum atau non-racial society;

1.5        Memupuk semangat berkongsi kuasa yang sejati bukan sahaja di antara parti-parti komponen Barisan Nasional, malahan diantara parti-parti pembangkang dan parti pemerintah ;

1.6        Memulihkan pemilihan kerajaan tempatan di mana perkongsian kuasa di antara pelbagai parti mesti dibenarkan;

1.7        Mewujudkan pemilihan Dewan Negara supaya perwakilan rakyat yang efektif tidak disia-siakan;

1.8        Memperkenalkan sistem perwakilan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang berasaskan perwakilan tambahan iaitu campuran perwakilan berkadar menurut peratusan undi dan perwakilan berasaskan kawasan pemilihan untuk menghapuskan dominasi politik berasaskan Gerrymandering dan polarisasi politik berasaskan suku kaum;

 

2.      Dasar Bahasa dan Budaya yang berasaskan dominasi majoriti

 

2.1        Sejak kemerdekaan, pihak kerajaan melaksanakan dasar bahasa dan budaya yang didominasi oleh satu kaum, iaitu dasar ‘satu bangsa, satu bahasa dan satu agama’ berasaskan konsep “Ketuanan Melayu”. Konsep dan prinsip “Ketuanan Melayu”, seumpama Afrikaner Sovereingty dan White Supremacy  semasa Rejim Apartheid, telah menjadi teras kepada segala dasar atau polisi pihak kerajaan dengan peruntukan yang tidak seimbang dan larangan secara langsung atau tidak langsung.

 

2.2        Keadaan ini secara langsung telah membatas perkembangan bahasa dan budaya suku kaum yang lain serta mengakibatkan perselisihan faham antara kaum menjadi semakin meruncing. Misalnya, seseorang murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina cuma diberikan peruntukan kerajaan sekadar satu per sepuluh  dan murid sekolah Jenis Kebangsaan  Tamil satu per empat daripada seseorang murid Sekolah Kebangsaan yang majoriti dihadiri oleh kalangan Bumiputera.

 

2.2.1        Kadar peruntukan pendidikan seperti ini adalah ketaranya  meneladani peruntukan sekolah semasa Rejim Apartheid di mana anak orang hitam diberikan peruntukan satu per sepuluh dan anak Coloured satu per lima berbanding dengan anak orang putih. Ini adalah disifatkan sebagai “Apartheid berdinding kaca” atau Glass wall Apartheid.

 

2.3        Praktis-praktis agama dominan misalnya Pengislaman atau Islamisation dilaksanakan di kompaun sekolah-sekolah kebangsaan telah mendiskriminasikan kalangan bukan Islam di mana hak mereka menyebar agama mereka di sekolah tidak diberikan kepentingan yang saksama;

 

2.4        Hak asasi rakyat seperti hak memperolehi pendidikan melalui bahasa ibunda telah dirampas kerajaan melalui perlaksanaan polisi yang tidak adil dan saksama. Kini kekurangan sekolah Jenis Kebangasaan bukan lagi suatu isu yang baru. Kebanyakan Sekolah Jenis Kebangsaan yang sedia ada adalah usaha daripada suku kaum yang tertentu pada zaman pemerintahan penjajah British. Ini bermaksud kerajaan tidak memberi layanan yang sama rata kepada mereka yang memerlukan pendidikan melalui bahasa ibunda walaupun permintaan terhadap Sekolah Jenis Kebangsaan telah meningkat.

 

2.5        Padahal Sekolah Jenis Kebangsaan yang sedia ada tidak diberikan layanan yang samarata oleh pihak kerajaan. Walaupun negara telah mencapai kemerdekaan 48 tahun, sekolah-sekolah yang tersebut masih menghadapi masalah kekurangan tenaga ajar yang terlatih. Di samping itu, peruntukan yang diberikan kepada sekolah-sekolah tersebut juga tidak mencukupi dan jumlah jauh berbeza jika berbanding dengan aliran sekolah yang lain.

Penyelesaian: Menghapuskan ritorik di mana satu bangsa satu bahasa.

Seperti yang dikatakan oleh seorang tokoh politik Sri Lanka pada satu masa dahulu, “satu bahasa dua bangsa (di Sri Lanka) tetapi dua bahasa satu bangsa”. Demi mengukuhkan perpadaun negera, konsep perpaduan dalam kepelbagaian mesti disanjungi dengan dasar-dasar yang benar-benar  memperlindungi hak-hak bahasa dan budaya semua kalangan. Bukan sahaja slogan-slogan dilaung-laungkan, tetapi peruntukan kerajaan yang saksama seharusnya diberikan kepada perkembangan bahasa dan budaya semua kaum seperti termaktub dalam Perlembagaan Afrika Selatan terbaru.

 

3.      Sistem Agihan Ekonomi berdasarkan Bumiputeraisme atau Nativism ke Penswastaan

 

3.1        Sejak pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1970, pihak kerajaan bercita-cita tinggi untuk mempertingkat kedudukan ekonomi kaum Melayu dan kalangan “Bumiputera” lain. Ini merupakan  prinsip dan pertimbangan utama apabila sesuatu dasar ekonomi digubal. Keadaan ini bukan sahaja tidak dapat meningkatkan kedudukan ekonomi kaum Melayu secara keseluruhannya malahan telah membesarkan lagi jurang pendapatan rakyat, malahan prinsip ini lebih setanding dengan falsafah Rejim Apartheid  dari Tindakan Afirmatif yang sebenarnya.

 

3.2        Pada tahun 1970, pendapatan sesuatu keluarga Melayu adalah 50% daripada keluarga Kaum Tionghua tetapi di kawasan bandar kadar berkenaan adalah menetap pada tahap 70%. Setelah 30 tahun dasar ekonomi berasaskan Bumiputeraisme dilaksanakan, kadar berkenaan telah merosot ke 45% pendapatan keluarga Melayu  berbanding dengan keluarga Tionghua, tetapi perbezaan di kawasan bandar masih sama.

 

3.3        Di Singapura, keluarga Melayu juga berpendapatan sekadar 70% berbanding dengan keluarga Tionghua tanpa sebarang dasar yang memberikan keutamaan kepada mereka.  Ini membuktikan bahawa bukannya dasar-dasar yang mengutamakan kepentingan kalangan “Bumiputera” yang memberi manfaat kepada orang Melayu tetapi dasar urbanisasi dan perindustrian telah membawa perubahan kepada cara hidup dan kedudukan ekonomi orang Melayu.

 

3.4        Melalui DEB dan dasar penswastaan yang digubal pada tahun 1990-an, kekayaan dan harta awam dikumpulkan dalam tangan kroni-kroni pemimpin parti pemerintah serta menerukkan lagi gejala rasuah di kalangan pegawai-pegawai  kerajaan. Keadaan ini tidak dapat mencapai maklamat seperti yang disyorkan semasa DEB atau penswastaan dilaksanakan. Lama-laun keadaan ini menimbulkan permusuhan antara kaum terutama bagi mereka yang berasa tertindas dalam sistem ekonomi yang tidak saksama ini.

 

3.5        Taburan ekuiti dan saham bukanlah indeks yang tepat untuk menunjukkan prestasi ekonomi mana-mana satu kaum yang tertentu.

 

Peneyelesaian Kemerosotan Ekonomi

 

  • Memberhentikan istilah yang menghina mana-mana  kaum misalnya istilah“bukan bumiputera” sebab ianya bermakna ketidaksetiaan kepada negara;
  • Indeks Pembangunan Kemanusiaan atau Human Developemnt Indexes adalah lebih tepat untuk membayangkan kemajuan setiap lapisan masyarakat;
  • Penswastaan yang sia-sia diberhentikan khasnya penswastaan keperluan seharian misalnya air.
  • Mengiktiraf kedudukan Orang Asli sebagai ‘pemastautin pertama” di Semenanjung Malaysia;
  • Menegakkan prinsip pasaran bebas tanpa bersifatkan perkauman;
  • Melaksanakan Tindakan Afirmatif iaitu memberikan pertolongan kerajaan kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan tanpa menurut keutamaan keturunan, kaum dan agama bukannya neo-Apartheid di tanah air kita;

 

4.      Suasana Politik Yang Tidak Demokratik

 

4.1        Oleh kerana suasana politik negara kita yang bersifat feudalisme dan tidak demokratik, banyak isu-isu tergolong sebagai isu sensitif dan tidak boleh dibincangkan. Keadaan ini tidak dapat menyelesaikan masalah yang terlibat dan hanya disembunyikan di bawah selimut sahaja. Rakyat seharusnya diberikan peluang yang sama rata bagi meluahkan pendapat mereka mengenai isu-isu berkenaan. Dengan cara demikianlah rakyat dapat memahami perasaan dan perbezaan masing-masing, secara langsung mengurangkan perselisihan faham.

 

4.2        Media massa yang dikuasai oleh parti pemerintah atau disekat dengan pelbagai akta-akta telah menyebabkan pendapat yang lain daripada kerajaan dihalang daripada diketahui rakyat. Seperti yang tersebut di atas, interaksi antara pendapat yang berlainan telah disekat dan secara langsung menimbulkan salah faham antara pelbagai suku kaum.

 

Penyelesaian: Mewujudkan  Masyarakat Madani yang berasaskan  Demokrasi sejati

 

  • Menghapuskan akta-akta yang menyekat hak asasi dan kebebasan rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), Akta Mesin Cetak dan Media Cetakan 1984, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi dan lain-lain seumpama undang-undang yang ditinggalkan oleh Penjajah British di Afrika Selatan dan Malaysia demi  mengongkong kebebasan bersuara dan berpolitik melalui dominasi mutlak.
  • Sebagai kesannya masyarakat kita menjadi semakin konservatif dan tidak dapat bersaing dalam arena antarabangsa. Oleh yang demikian, mewujudkan suasana politik  dan masyarakat yang demokratik adalah penting bagi menghapuskan perselisihan faham antara kaum sekaligus membentuk perpaduan nasional.
  • Memperkerapkan Interaksi Antara Kaum. Tiga suku kaum utama Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India berasal dari tiga tamadun utama dunia yang masing-masing mempunyai sejarah yang tersendiri dan unik. Interaksi antara ketiga-tiga tamadun haruslah dipertingkatkan lagi di mana rakyat daripada pelbagai kaum dapat memahami tamadun yang berlainan di negara ini  untuk mewujudkan masyarakat madani.
  • Reformasi pentadbiran awam dengan melaksanakan Tindakan Afrimatif yang akan menjamin promosi dan layanan saksama minoriti bukan Melayu di bidang awam;

 

Sekian, terima kasih.

 

Yang benar,

 

 

Ahmad Bin Ton

Pengerusi DAP Negeri Johor

(8/09/2005)


* Jawatan Kuasa Perhubungan Negeri Johor DAP, Diketuai Ahmad Bin Ton selaku Pengerusi DAP Negeri    Johor

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: