http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Projek-projek pembangunan sekitar Taman Templer, Kerajaan Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) perlu perjelaskan.


Kenyataan Akhbar
Oleh Lau Weng San

(Taman Templer, Ahad): Pihak pemaju kebelakangan ini begitu giat membangunkan kawasan bukit sekitar Taman Templer (iaitu kawasan yang meliputi Bukit Lagong dan Bukit Botak) yang terletak berhampiran dengan Bandar Baru Selayang.

Sehingga ke bulan Februari tahun ini apabila rakyat seluruh negara digemparkan dengan kemusnahan yang terjadi di Bukit Cahaya Shah Alam, tertimbul juga berita bahawa kawasan sekitar Taman Templer turut mengalami kerosakan alam sekitar yang serious.

Berita ini pertama sekali diterbitkan di akhbar Utusan Mingguan Malaysia pada 27 Februari 2005 yang kemudian diikuti oleh akhbar harian Bahasa Mandarin. Penduduk-penduduk setempat menyatakan bahawa projek pembangunan begitu giat dijalankan pada awal tahun ini sehinggalah peristiwa rakyat dikejutkan dengan Bukit Cahaya dimana projek pembangunan di Taman Templer ini “terpaksa ditangguhkan”. Kini, selepas setengah tahun penangguhan ini, terdapat kesan bahawa kerja-kerja pembersihan hutan telah disambung. Penduduk-penduduk setempat turut melihat traktor-traktor menjalankan kerja pembersihan hutan di kawasan ini.

Walaupun YDP Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Bakaruddin Oman mengatakan bahawa projek-projek pembangunan ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor manakala Pengarah Perhubungan Awam MPS Mohd Zin Masod turut memaklumkan bahawa kawasan berkenaan bukan tanah hutan simpanan dan merupakan kawasan persendirian di mana pemaju berhak menjalankan aktiviti pembangunan yang telah diluluskan di sana, tetapi setelah menghalusi kenyataan YDP dalam akhbar, membuat semakan dengan dokumen kerajaan dan lawatan beberapa kali ke tempat tersebut, DAP Selangor berpendapat Kerajaan Negeri Selangor dan MPS perlu memberi penjelasan terhadap persoalan-persoalan seperti di bawah:

1. Walaupun Kerajaan Negeri telah meluluskan projek pembangunan berkenaan, ini tidak bermakna projek-projek berkenaan boleh diteruskan tanpa silap kerana kawasan itu merupakan kawasan hijau dan juga kawasan tadahan air yang amat penting di sebelah utara Kuala Lumpur. Empangan Batu merupakan empangan yang terletak berhampiran di kawasan berkenaan. Sekiranya hutan ini dibersihkan, maka penduduk-penduduk di utara Kuala Lumpur akan kehilangan sumber air bersih.

2. Mengikut Rancangan Struktur Negeri (RSN) Selangor 2020, Selangor boleh dibahagi kepada beberapa Zon Pembangunan. Antaranya ialah Zon Pembangunan Terhad dan Zon Pemulihan.

Zon Pembangunan Terhad meliputi kawasan berbukit dan tanah tinggin di daerah Ulu Selangor, Gombak dan Ulu Langat. Mengikut RSN Selangor, disebabkan kawasan ini merupkan kawasan beraltitud 150m dari paras laut, maka kawasan digolongkan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS), dengan itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah dipertanggungjawab untuk  mamantau sebarang projek pembangunan di kawasan ini.

Apa yang mengelirukan ialah bagaimanakah MPS boleh dikatakan telah menjalan tugas pemantauannya sedangkan pihak pemaju begitu ghairah membuka tanah dan mendirikan banguan pencakar langit di kawasan ini?

Bagi Zon Pemuliharaan pula, RSN Selangor mengatakan bahawa sebarang kawasan bukit yang berlerengan lebih daripada 25 darjah adalah digolongkan sebagai Zon Pemuliharaan dan kawasan ini perlu dilindungi kerana kawasan ini merupakan kawasan tadahan air, di samping merupakan hutan perlindungan kepada hidupan liar, perlindungan biodiversiti dan juga keseimbangan alam sekitar. RSN turut menetapkan bahawa kawasan ini dibenarkan untuk aktiviti eko-pelancongan serta kawasan pembelajaran dan penyelidikan, dan bukannya projek perumahan.

Sekiranya YDP MPS menyatakan bahawa kesemua projek-projek pembangunan ni dibenarkan oleh Kerajaan Negeri Selangot, maka memang menjadi soalan kepada kami sama ada pihak MPS telah betul-betul menjalankan perancangan pembangunan mereka mengikut RSN Selangor 2020.

3. Walaupun Pengarah Perhubungan Awam MPS Mohd Zin Masod mengatakan bahawa kawasan berkenaan bukan lagi merupakan kawasan hutan simpanan, tetapi rakyat berhak mengetahui sebab-sebab mengapa kerajaan negeri mahu menukar status tanah berkenaan daripada tanah hutan simpanan kepada tanah perumahan. Belumkah Kerajaan Negeri Selangor telah membelajari sesuatu daripada peristiwa hitam Highland Tower?

4. Kerajaan Negeri Selangor seringkali mengatakan bahawa negeri Selangot mengalami masalah kekurangan rumah kos rendah yang serious, sehingga kerajaan negeri perlu membuka lebih banyak tanah untuk pembinaan rumah.

Walaupun DAP Selangor tidak pernah membantah dasar Kerajaan Negeri ini, tetapi ini tidak boleh dijadikan alasan dalam kes ini kerana kebanyakan rumah yang dibina adalah berbentuk kondominium kos sederhana, kondominium kos tinggi ataupun banglo. Kerajaan Negeri Selangor perlu menjelaskan bagaimana pula projek-projek perumahan sedemikian dapat memanfaat golongan miskin di Selangor?

5. MPS menyatakan bahawa segala kelulusan yang diberi kepada pihak pemaju adalah berpandukan kelulusan dan penilaian daripada pelbagai pihak dan jabatan, oleh itu projek-projek pembangunan berkenaan adalah berlandaskan keperluan perundangan. Walaupun begitu, memandangkan pernah terjadinya skandal Bukit Cahaya oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), maka penjelasan MPS ini juga sukar untuk diyakini. Dengan itu, DAP Selangor menuntut supaya MPS mempamerkan segala dokumen kerajaan yang meluluskan projek-projek pembangunan untuk menyakinkan orang ramai bahawa segala urusan MPS ini dijalankan dengan telus dan halal.

Memandangkan bahawa kawasan berkenaan merupakan "green lung" dan kawasan tadahan air yang amat penting untuk penduduk-penduduk Lembah Klang, DAP Selangor juga menuntut MPS mengeluarkan Perintah Henti Kerja (Stop Work Order) kepada pemaju-pemaju yang terlibat sehingga Kerajaan Negeri Selangor dan MPS dapat memberi penjelasan yang lengkap terhadap soalan-soalan di atas.

(11/9/2005)


* Lau Weng San, Setiausaha Organisasi DAP Selangor

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: