http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance
Keyakinan rakyat terhadap sistem perbankan terjejas selepas dasar meghadkan pampasan kepada RM60,000 di bawah sistem insuran deposit yang mula berkuatkuasa pada 1 September 2005.
 

Ucapan di Dewan Rakyat
oleh Chow Kon Yeow


(Parlimen, Isnin): Sistem Insuran Deposit digubalkan untuk mengukuhkan sistem kewangsan negara dengan memberi perlindungan kepada pelanggan bank.Akan tetapi had maksima yang boleh dibayar kepada pelanggan adalah RM60,000 apabila berlaku kebankrapan satu bank atau institusi kewangan.

Dasar ini telah menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap sistem kewangan negara kita dan ia perlu diatasi dengan penilaian semula. Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) telah memutuskan had maksima RM60,000 adalah memadai kerana ia akan memberi perlindungan kepada 95 peratus pendeposit bank dan institusi kewangsan.

Akan tetapi, dari segi jumlah nilai deposit dalam sistem kewangan negara ia membabitkan 35 peratus sahaja. Ini bermaksud 65 peratus daripada jumlah nilai deposit negara tidak mendapat perlindungan di bawah sistem insurans deposit.

Tindakbalas rakyat terhadap dasar ini rata-rata menganggap ini tidak patut dan membimbangkan sehingga menjejaskan keyakinan awam terhadap sistem kewangan negara.

PIDM telah menyatakan bahawa had maksima RM60,000 ini adalah lebih baik berbanding dengan negara-negara membangun seperti Indonesia dan Filipina. Sikap sedemikian adalah ketinggalan kerana di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, had maksima ditetapkan sehingga US$100,000.

Rakyat juga khuatir kerana Bank Negara tidak akan memainkan peranannya seperti “lender of last resort” demi menjaga keutuhan sistem kewangan negara.

Rakyat juga bimbang bahawa kerahsiaan maklumat pelanggan bank akan terbocor sekarang kerana pindaan Akta ini telah membenarkan mana-mana pendedahan akaun dan maklumat pelanggan oleh bank dan institusi kewangan kepada PIDM, pengarah, pengerusi, pekerja atau ejen PIDM.

Tindakan-tindakan sedemikian telah menjejaskan keyakinan rakyat kepada sistem kewangan negara dan DAP menyeru Kementerian Kewangan dan Bank Negara untuk menangani masalah ini dengan segera.

(19/9/2005)


* Chow Kon Yeow, Ahli Parlimen DAP untuk Kawasan Tanjong merangkap Naib Pengerusi Kebangsaan DAP

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: