http://dapmalaysia.org    Forward    Feedback    

Freelance

Ahli Parlimen Tanjong memohon Dewan Rakyat membahaskan usul tergempar mengenai wabak penyakit demam denggi yang melanda negara Malaysia


Kenyataan Media
oleh Chow Kon Yeow

(Parlimen, Rabu): Saya telah mengemukakan satu usul kepada Speaker Dewan Rakyat pada 27hb. September di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk memohon keizinan untuk membawa satu usul tergempar mengenai satu perkara tertentu berkenaan kepentingan orangramai yang berkehendak disegerakan iaitu wabak penyakit demam denggi yang melanda negara Malaysia.

Wabak penyakit demam denggi disahkan melanda sebahagian besar negara ini dan jumlah kematian yang disebabkan oleh penyakit ini amat membimbangkan rakyat jelata.

Jumlah kematian yang dicatatkan pada sembilan bulan pada tahun ini dilaporkan sebanyak 70 kes dan lebih banyak berbanding tahun yang lepas.

Negara ini digemparkan oleh berita kematian seorang wanita muda yang sarat mengandung anak kembar sulung yang menjadi korban terbaru denggi berdarah di Pulau Pinang dan ini membayangkan betapa seriusnya ancaman demam denggi kepada setiap rakyat jelata dan pelajar-pelajar sekolah.

Tindakan jabatan-jabatan kesihatan dan pihak-pihak berkuasa tempatan untuk menyempur dan membersihkan kawasan sekitar didapati tidak berkesan dan kes-kes penyakit demam denggi melonjat sebanyak 50 peratus iaitu dari 400 kes setiap minggu tahun lepas kepada 600 kes setiap minggu pada tahun ini.

Wabak penyakit demam denggi ini akan membawa padah kepada rakyat dan juga ekonomi negara jika penyakit ini tidak dapat dikawal dengan sebaik-baiknya.

Dewan Rakyat harus memberi perhatian dan membahas usul mengenai wabak penyakit demam denggi kerana ianya perkara tertentu berkenaan kepentingan orangramai yang berkehendak disegerakan supaya seluruh jentera kerajaan dan rakyat jelata dapat digembelingkan untuk menangani masalah ini.

(28/09/2005)


* Chow Kon Yeow , Naib Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Tanjong

Your e-mail:

Your name: 

Your friend's e-mail: 

Your friend's name: