Menggesa Menteri
Pengangkutan mengkaji semula prestasi Penang Port Sdn. Bhd. kerana
gagal menawarkan perkhidmatan feri yang lebih pantas, lebih cepat dan
lebih kerap dan menjadikan feri sebagai laluan pilihan di antara
Seberang Perai dan Pulau Pinang
Ucapan
- dalam Perbahasan Rang Undang-undang Ahli
Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005
oleh Teresa Kok
(Dewan Rakyat,
Isnin): Datuk yang diPertua, saya diminta oleh seorang
wakil rakyat yang bekahwin selepas dia berhenti menjadi wakil rakyat untuk
menyampaikan suara hatinya.
Mengikut seksyen 8(4) dalam Jadual Pertama Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980,
jika seseorang balu atau duda berkahwin dengan seseorang Ahli Parlimen
selepas dia berhenti menjadi Ahli Parlimen, jika perkahwinan itu
dilangsungkan dalam tempoh 12 ½ tahun dari tarikh dia akhir sekali menjadi
Ahli Parlimen, balu atau duda itu berhak mendapat pencen terbitan bagi baki
tempoh 12 ½ tahun dan tidak berhak mendapat pencen terbitan selepas
itu.
Ini bermaksud sekiranya seseorang Ahli Parlimen berhenti menjadi wakil
rakyat pada umur 50 dan berkahwin pada umur 51, sekiranya beliau
meninggal dunia pada umur 63, isteri dan anak-anaknya tidak berhak untuk
mendapat apa-apa pencen kerana tempoh 12 ½ tahun telahpun dilepasi.
Fasal ini adalah sama dengan Akta Pencen bagi pegawai kerajaan. Walau
bagaimanapun, wakil rakyat tidak harus disamakan dengan pegawai kerajaan
kerana perkhidmatan mereka lama, biasanya mereka berkhidmat selama 25 hingga
36 tahun dengan kerajaan. Seseorang yang menyertai perkhidmatan sivil
selepas SPM/STPM dan berusaha sehingga umur 56 telahpun menamatkan
perkhidmatan selama 36 tahun, mereka biasanya telahpun berkahwin dalam
tempoh perkhidmatan mereka, mereka juga biasanya berkhidmat sehingga mereka
mencapai umur persaraan, walhal bagi Ahli Parlimen, tempoh perkhidmatan
mereka biasanya terhad dan tidak tetap, dan ia diperbaharui daripada pilihan
raya ke pilihan raya. Memandangkan perkhidmatan wakil rakyat ini adalah
tidak tetap, jadi bayaran pencen wakil rakyat tidak harus disamakan dengan
pegawai kerajaan, dan fasal tentang had 12 ½ tahun tersebut haruslah
diluputkan dalam Akta Ahli Parlimen (Saraan) dan akta saraan ADUN.
Datuk yang diPertua, pada masa sekarang, gaji Ahli Parlimen adalah berada
Gred 54 mengikut Tanggagaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), iaitu lebih
kurang sama dengan gaji pengarah jabatan dalam satu kementerian, tetapi
lebih rendah daripada tanggagaji Ketua Setiausaha dalam sesuatu kementerian,
begitu juga dengan elaun dan pendapatan yang lain.
Bagi saya dan kebanyakan rakan saya, kami tidak bersungut tentang pendapatan
ataupun gaji kami, tetapi apa yang kami tidak puas hati adalah, kerajaan
tidak memberi peruntukan kepada sokongan perkhidmatan kami. Bagi pegawai
kerajaan ataupun pengarah agensi kerajaan pada Gred 54, kerja dan tugas
mereka disokong oleh setiausaha dan ramai kaki tangan, pegawai kerajaan Gred
54 ini tidak perlu mengeluarkan wang sendiri untuk mengupah pembantu dan
setiausaha untuk perkhidmatan mereka kepada rakyat, tetapi wakil rakyat
perlu berbuat demikian dan tiada elaun diperuntukkan kepada wakil untuk
berkhidmat kepada rakyat.
Datuk yang diPertua, ahli berhormat di dewan rakyat ini telah banyak kali
menyuarakan keperluan kita untuk mendapat sokongan staf dan pejabat
daripada pihak Parlimen dan kerajaan dalam tahun-tahun yang lepas, tetapi
seruan kita tidak diendahkan oleh kerajaan dan kami diberi elaun khas
sebanyak RM500 pada tahun lepas dan berikutan dengan kenaikan gaji 10
peratus sekarang.
Dengan publisiti yang meluas daripada media, kenaikan gaji 10% kita ini
telahpun mendatangkan salah faham daripada sesetengah rakyat. Demi
mengelakkan salah faham seperti ini, saya mencadangkan supaya gaji kami
ditetapkan tetapi Parlimen membayar gaji pembantu dan penyelidik, serta
perbelanjaan pejabat perkhidmatan Ahli Parlimen sebagai langkah untuk
memastikan setiap Ahli Parlimen mesti mempunyai penyelidik dan pembantu
dan peruntukan tersebut disalurkan kepada pembantu dan perbelanjaan pejabat
kita dan bukan sebagai langkah untuk memastikan setiap Ahli Parlimen mesti
mempunyai penyelidik dan pembantu dan peruntukan tersebut disalurkan kepada
pembantu dan perbelanjaan pejabat kita dan bukan ke saku paku Ahli Parlimen
sendiri. Saya juga mencadangkan supaya pembantu dan penyelidik kami diberi
pengiktirafan rasmi oleh pihak Parlimen supaya mereka boleh menjalankan
kerja mereka dengan senangnya.
Sehubungan dengan itu, saya juga menyeru kerajaan supaya memberi layanan
yang sama kepada semua ahli-ahli berhormat di Dewan Rakyat, di mana apa-apa
peruntukan yang diberi kepada ahli berhormat BN juga harus diberi kepada
ahli berhormat parti pembangkang tanpa kira perbezaan parti kerana kita
semua adalah wakil yang dipilih oleh rakyat dan pilihan rakyat itu haruslah
dihormati. Dengan itu, saya menyeru supaya peruntukan
pembangunan RM500,000 setahun yang diberi ahli berhormat BN juga boleh
diberi kepada ahli berhormat parti pembangkang kerana rakyat di kawasan
wakil rakyat parti pembangkang tidak harus diluput daripada peruntukan
tersebut kerana wang ini adalah wang rakyat, begitu juga dengan
peruntukan RM25,000 bagi pejabat perkhidmatan kawasan yang diberi kepada
ahli berhormat BN, elaun ini juga harus diberi kepada Ahli Parlimen parti
pembangkang juga. Hanya dengan layanan yang saksama ini, barulah ia sejajar
dengan prinsip Islam Hadhari yang dinyata-nyatakan oleh Kerajaan BN.
(27/4/2005)
*
Teresa Kok, Ahli Parlimen DAP Kawasan Seputeh
|