Kami menyeru Kerajaan
supaya mempertimbangkan semula keputusan untuk melengkapkan
penguatkuasa bukan polis dan bukan tentera dengan senjata api,
termasuk penguatkuasa dari Kementeria Perdagangan Dalam Negara dan Hal
Ehwal Pengguna. Ini adalah untuk memastikan para penguatkuasa yang
mempunyai senjata api dilatih, didisiplin dan dikawal dengan baik.
Mereka tidak seharusnya mengeluarkan senjata api dengan sedikit
provokasi Kenyataan Akhbar oleh Dr Tan Seng Giaw (Kuala Lumpur, Ahad): Pada 13 Januari, 2005, Yeoh telah ditembak oleh seorang pegawai penguatkuasaan kementerin tersebut. Orang ramai mengambil perhatian. Ketua Polis hendak menyiasat insiden itu. Kita berharap laporan mengenainya dapat diumumkan dengan secepat mungkin, agar rakyat mengetahui keadaan yang sebenarnya. Tan Sri Bakri mahu para konstabel dilengkapkan dengan belantan dan gas di dalam tin untuk menentukan mereka hanya mengeluarkan senjata api di dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan. Kita berharap Tan Sri berjaya berbuat demikian.
Pada tempoh hari, Menteri Dalam Negeri YB Datuk Asme Khalid dan Menteri Perdagangan Dalam Negara YB Datuk Shafei Apdal bersetuju dengan keputusan untuk membekalkan Rela dan pegawai penguatkuasa masing-masing dengan senjata api. Sikap mereka boleh dipertikaikan. Mereka tidak menunjukkan fahaman tentang implikasi kelengkapan senjata api di kalangan penguatkuasa mereka. Mereka tidak memberitahu sama ada mereka sudah buat pertimbangan atas hal ini sedalam-dalamnya. Mungkin, mereka menganggap latihan yang singkat adalah cukup untuk para pegawainya.
Tahun lalu, kita membangkit di Dewan Rakyat bahawa membenarkan para anggota Rela memberkas pekerja asing tanpa izin akan mewujudkan masalah termasuk kekerasan dan penembakan. Kekurangan latihan, kekurangan disiplin, kekurangan kawalan dan kekurangan tradisi para penguatkuasa yang mempunyai senjata api membimbangkan. Oleh itu, Kerajaan haruslah mempertimbangkan semula keputusan untuk melangkapkan para penguatkuasa bukan polis dan bukan tentera dengan senjata api. Mereka boleh diberi belantan dan gas dalam tin untuk menjalankan tugasnya, Jika ada penjenayah yang menggunakan senjata api, polis boleh bergerak. (16/1/2005) * Dr Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong |