http://dapmalaysia.org  
Adalah hak asasi semua rakyat untuk mendesakkan supaya Kerajaan mengadakan badan kawalseliaan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi memastikan bahawa semua orang sentiasa boleh mendapat bekalan air bermutu tinggi dengan harga yang berpatutan. 
 

Ringkasan ucapan
- ketika mengambil bahagian di dalam perbahasan Rang Undang-Undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan

oleh  Dr Tan Seng Giaw

(Dewan Rakyat,  Selasa):  Saya bangun untuk mengambil bahagian di dalam perbahasan ini dengan perasaan tertahan-tahan atau terbelahak-belahak (choked) kerana Kerajaan menggunakan majoriti 91% untuk meluluskan rang undang-undang ini. Ia sudah membuat keputusan untuk berbuat demikian sebelum membawanya ke Dewan Rakyat. Nan digalikan dalam, nan digantungkan tinggi. 

Semangat perlembagaan

 

Kita perlukan perubahan di dalam pengurusan dan pemuliharaan air dan warisan serta kenaikan umur persaraan. Kita mestilah mempertahankan semangat Perlembagaan Persekutuan. Seperti yang disebutkan oleh YB Ipoh Timur, Perkara 76 (1) (c) berkata: “Parliament may make laws with respect to any matter enumerated in the State List, but only as follows, that is to say: if so requested by the Legislative Assembly of any state.”

 

Ini adalah jelas bahawa dewan undangan negeri haruslah meminta Parliament supaya Kerajaan Pusat memainkan peranan terhadap air di dalam Senarai Negeri, Jadual Sembilan. Pada 29 Julai, 2003, Mesyuarat Majlis Sumber Air Negara telah bersetuju supaya pengurusan perkhidmatan bekalan air negeri di Semenanjung diambil alih Pusat. Di dalam 1 ˝ tahun ini, Kerajaan telah mengenepikan semangat perlembagaan tersebut.

 

Pengurusan air

 

Sejak wujudnya bumi ini kira-kira 5 bilion tahun yang lampau, sistem hidrologi adalah tertutup. Air selalu dikitar semula melalui hujan dan penyejatan (evaporation) dan tidak pernah hilang daripada atmosfera. Jumlah air tidak kurang dan yang adanya air yang sama dari mula lagi. Selepas manusia menganggap bumi ini sebagai bumi manusia, penggunaan air per kapita berlipatganda setiap 20 tahun.

 

Bila YB Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi bermula tugasnya pada bulan April 2004, beliau membekukan penswastaan air. Pada waktu itu, Perbadanan Urus Air Selangor (Puas) Berhad, anak syarikat Kerajaan Negeri  telah bersedia untuk diswastakan. Puas mempunyai 1536 pekerja dan membekalkan air kepada Selangor dan Kuala Lumpur. Ia menggunakan total operation management system. Tetapi, air tidak berhasil, non-revenue water adalah 43% berbanding dengan 6% di Singapura. Rawatan air di Selangor dan Kuala Lumpur telah diswastakan kepada Puncak Niaga, Splash dan Abass, yang masing-masing, membekalkan 40, 40 dan 20% air kepada Puas. Puas membeli air bernilai 82 sen setiap cubic meter dan menjual kepada pengguna domestik 72 sen setiap cubic meter.  Defisitnya adalah besar.

 

Hutang negeri-negeri kerana air adalah lebih daripada RM7.8 billion. Patutlah kita nampak YB Kinabatangan dari Sabah meminta-minta supaya Sabah dimasukkan di dalam rang undang-undang ini.

 

Kerajaan telah mencadang supaya membelanja RM51.9 bilion bagi air termasuk menggantikan 46,000 kilometer paip lama untuk beberapa tahun akan datang.

 

YB Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi menekankan betapa pentingnya kita mewujudkan mekanisme selepas rang undang-undang ini diluluskan kelak seumpama Akta Industri Air dan Akta SPAN. Beliau memberi jaminan bahawa dalam tempoh dua tahun ini tarif air tidak akan dinaikkan. Jika syarikat air gagal, Kerajaan tidak akan memberi pampasan dan akan melantik syarikat lain untuk menggantinya. Pada 1987, jaminan sepantun ini  pernah diberi semasa konsesi Lebuhraya Utara Selatan diserahkan kepada UEM yang ketika itu tidak mempunyai pengalaman dalam pembinaan dan pengurusan lebuhraya. Kerajaan tidak menghirauakan nasihat kita. Lihat apa yang telah berlaku dengan PLUS tergolong usaha Kerajaan untuk menyelamatkannya dan melambungnya kadar tol.

 

(Pemeliharaan sumber air, hak asasi untuk air dan usaha untuk mendapat pandangan orang ramai mengenai air secara demokratik merupakan perkara-perkara yang penting yang perlu diamalkan di Malaysia.)

 

Pemuliharaan sumber air

 

Bahawa Sarawak tidak dimasukkan di dalam rang undang-undang ini adalah mengikut semangat Perlembagaan Persekutuan. YAB Ketua Menteri negeri itu tidak membangkitkan hasrat untuk negerinya dimasukkan di dalam rang undang-undang ini. Tetapi, ada pihak dari Sabah yang meminta-minta supaya Pusat menghambil alih perkhidmatan air di negeri itu. Mungkin, terdapat udang di sebalik batu.

 

Kerajaan negeri Sarawak membuat kerja untuk menjadikan Gunung Mulu National Park sebagai salah satu daripada dua warisan Malaysia di dalam World Heritage List, Unesco, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. (Satu lagi ialah Kinabalu Park). Ini adalah yang dikagumkan. Tetapi, dari segi pemuliharaan hutan di Sarawak, beberapa aspek boleh dipertikaikan. YAB mengatakan Sarawak sudah mencapai sustainable development, pembangunan mampan, yang mengikut cadangan IPTO. Pengurusan hutan di negeri itu memang ada kelemahan termasuk kawalan yang masih perlu dipertingkatkan ke atas taman-taman negara: pokok-pokok dan artifak masih diseludup. Kawasan-kawasan termasuk bukit-bukit yang gondol boleh dipandang dari kapalterbang di udara Sarawak. Saya bersedia terus membincangkan perkara ini dengan YAB yang haruslah mempertimbangkannya secara total.

 

YB Menteri Air, Tenaga dan Komunikasi membidas saya sebagai big dinosaur di Jurassic Park yang sudah extinct (pupus) kerana menyentuh permasalah perhutanan di Sarawak yang dianggap menguruskan hutannya dengan baik. Tetapi bila YB menjadi Menteri Perusahaan Utama (sebelum April, 2004), beliau membuat aduan dan keluhan terhadap kawalan hutan yang tidak sempurna di negeri itu.

 

Sistem OFWAT (Office of Water) UK

 

YB Menteri telah pergi ke United Kingdom untuk melihat sistem penswastaan air yang dimulakan pada tahun-tahun 80han abad lalu. (Kemudian beliau mengakui melawat UK satu kali untuk tujuan ini dan akan mengira sistem-sistem di negara-negara Australia, Denmark, Sweden dan lain-lain.Pada hari yang sama, 18.1.2005, beliau telah di lapoprkan sebagai mengujarkan Kerajaan sudah memilih model OFWAT, UK. Sistem-sistem Perancis, Denmark dan Sweden juga dikajikan. Tetapi adalah diputuskan untuk menggunakan konsep ‘ring-fencing’ OFWAT. [Konsep ini] memastikan hasil dari air akan dilaburkan semula untuk meningkatkan perkhidmatan air kepada para pengguna bukan untuk sektor-sektor yang lain.)

 

Beliau mengawasi semua langkah untuk air yang diambil oleh UK adalah bagus. Tetapi, beliau tidak mengambil perhatian mengenai kelemahan-kelemahan seperti county, negeri, Yorkshire yang mengalami krisis kekurangan air enam tahun yang lepas: lori demi lori membawa air kepada para penduduk yang kehausan.

 

Lemah manis jangan ditelan,

      Pahit jangan dimuntahkan.

 

Lemah manis pada dialah,

      Pahit maung pada orang.

(18/1/2005)


* Dr Tan Seng Giaw, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP dan Ahli Parlimen Kepong