Penyalahgunaan Kuasa Dan Pembaziran Wang Rakyat Dalam Kunjungan Makan Angin Bertopengkan Lawatan Kerja Rasmi Yang Mengelilingi Dunia Sebanyak RM 1 Juta Oleh Kerajaan Negeri Melaka Memorandum to Prime Minister by Lim Guan Eng (Putra Jaya, Monday):
YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Yang Berhormat Datuk Seri, Penyalahgunaan Kuasa Dan Pembaziran Wang Rakyat Dalam Kunjungan Makan Angin Bertopengkan Lawatan Kerja Rasmi Yang Mengelilingi Dunia Sebanyak RM 1 Juta Oleh Kerajaan Negeri Melaka Saya ingin menarik perhatian YAB ke atas kes penyalahgunaan kuasa dan pembaziran wang rakyat dalam kunjungan makan angin mengelilingi dunia sebanyak RM 1 juta oleh kerajaan negeri Melaka yang bertopengkan lawatan kerja rasmi. Saya amat terkejut YAB Perdana Menteri tidak dimaklumkan tentang lawatan mengelilingi dunia yang berlangsung di antara 4-19 Januari 2005 yang merentasi Amerika Syarikat dan Dubai. Ketua Menteri Melaka Datuk Mohd Ali Rustam telah mengetuai rombongan lawatan kerja luar negeri ini yang juga termasuk TYT Gabenor Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob. Lain-lain ahli rombongan sebanyak 23 orang adalah isteri YAB Ketua Menteri dan 3 anaknya, Mohd Ridhwan bin Mohd. Ali, Wan Nadzirah binti Mohd Ali and Muhammad Hamka bin Mohd. Ali serta isteri Ahli EXCO Melaka Datuk Poh Ah Tiam. Mengikut aturcara program lawatan, rombongan 23 orang ini akan melawat Hawaii, San Antonio, Houston, New Orleans dan Miami sebelum terbang ke Dubai untuk selama 3 hari. Sepanjang “lawatan kerja”, rombongan ini ada hanya satu program rasmi dengan Lt Governor of the Hawaii state, James R Alona Jr. Lain-lain program rasmi adalah melawat Pearl Harbour, the San Antonio Riverwalk, the French Quarters, Millionaires Row di New Orleans, Everglades National Park di Miami dan Houston Medical Centre. Rombongan ini juga akan mengunjungi pusat pelancungan terkenal seperti Pantai Waikiki, Hanauma Bay Lookout dan tempat terkemuka Hawaii, the Diamond Head. Di Dubai, rombongan ini akan melawat bandaraya dan tiga tempat - the Internet City, Media City and the Palm Island. Sepanjang 15 hari di Amerika Syarikat dan Dubai, 23 ahli rombongan ini akan tinggal di hotel mewah Hilton Hawaii Village Beach and Spa dan Hotel Le Royal Meridien Beach Resort and Spa. Saya tidak lihat macam mana program sedemikian rupa boleh dianggap oleh YAB Ketua Menteri Melaka sebagai lawatan kerja yang akan membawa faedah besar kepada Melaka pada masa depan. Sehingga sekarang, orang awam masih kurang pasti apakah faedah masa depan untuk rakyat Melaka. Sungguhpun saya telah meminta YAB Ketua Menteri mengesahkan program lawatan kerja ini dan juga mengapa kos setinggi RM 1 juta, beliau enggan berbuat demikian. Beliau hanya menyatakan bahawa kos perbelanjaan anaknya dibiayai oleh diri sendiri dan beliau akan membuktikan lawatan ke Amerika Syarikat akan menafaatkan Melaka dalam jangka masa panjang di mesyuarat Dewan Undangan Negeri Melaka yang akan dating. Penjelasan sedemikian susah diterima kerana beliau enggan menjelaskan 6 soalan berkepentingan awam. Sekiranya YAB Datuk Mohd Ali serious tentang akauntabiliti awam dan ketelusan maka beliau harus jawab 6 soalan utama:
Sikap YAB Ketua Menteri Melaka yang mengulangi sekali lagi semalam bahawa kunjungan luar Negara ini adalah baik untuk rakyat Melaka berlawanan dengan nasihat YAB supaya jangan pergi luar negeri kerana ada banyak perkara berkepentingan rakyat yang harus diusahakan Adalah diharapkan YAB Ketua Menteri boleh mengambil tindakan membetulkan kelemahan ini dan mengarahkan YAB Ketua Menteri menjawab 6 soalan penting di atas. Demi mengelakkan pembaziran wang dan penyalahgunaan kuasa dan lawatan luar negeri di bawah tanggungan rakyat, adalah perlu satu garispanduan perilaku lawatan luar negeri dirangka yang menetapkan kandungan lawatan dan tempat tertentu yang boleh dilawat. Untuk memastikan ia mematuhi garispanduan perilaku ini dan agar YAB memang maklum tentang lawatan luar negeri ini yang dijalankan oleh kerajaan negeri, semua lawatan luar negeri perlu juga memperolehi kelulusan YAB Perdana Menteri. Wang rakyat tidak harus disalahgunakan untuk “makan angin”. Aturcara program lawatan dilampirkan bersama untuk urusan YAB. Jawapan awal adalah dihargai. Sekian terima kasih.
Yang benar, (31/1/2005) * Lim Guan Eng, DAP Secretary-General |